Europa League: Juara Milik Atalanta, Tundukkan Bayer Leverkusen

Perlawanan akhir saingan Europe League hari ini menyaksikan Atalanta BC menewaskan Bayer Leverkusen dengan keputusan 3-0. Atalanta cipta sejarah kelab apabila muncul juara bagi edisi kali ini. Penyerang Nigeria, Ademola Lookman menjadi pemain terbaik perlawanan. Seawal minit ke-12 permainan, Atalanta mendahului dengan jaringan daripada Ademola Lookman. Pada minit ke-26 permainan, Ademola Lookman sekali lagi menjaringkan […]
Jawatan Pengurus Bayern Munich Tidak Laku

Bayern Munich kini terdesak mencari pengurus baharu setelah Thomas Tuchel sah meninggalkan pasukan tersebut akhir musim ini. Bayern Munich mencatatkan musim yang suram setelah gagal mempertahankan kejuaraan liga daripada Bayern Leverkusen selain turut tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan saingan Piala Jerman. Enam calon pengurus yang berada dalam radar Bayern Munich sebagai pengganti Tuchel […]
Malaysia Muncul Juara, Leburkan Dominasi Thailand

Regu Malaysia meneruskan kecemerlangan regu acara double dengan menewaskan Thailand di pentas final Piala Dunia Sepak Takraw 2024 acara regu. Thailand dilihat pasukan pilihan kerana bergelar juara acara tersebut dalam tiga edisi terakhir Piala Dunia Sepak Takraw termasuk edisi 2022. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas masing-masing menewaskan Myanmar dan Filipina di peringkat separuh akhir. […]
Mahali Jasuli Saran Malaysia Guna Pemain Muda Di Piala AFF

Bekas pemenang Piala AFF edisi 2010, Mahali Jasuli menyarankan agar skuad Malaysia dibarisi pemain-pemain muda bagi kejohanan Piala AFF 2024 yang dijadualkan pada hujung tahun ini. Ini susulan pertembungan jadual antara kejohanan Piala AFF yang kini dikenali sebagai ASEAN Championship dengan jadual Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan juga Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). Pemain-pemain daripada […]
Manzoor Azwira Mahu Cungkil Lebih Ramai Bakat Muda Penang Ke Liga Super

Ketua jurulatih Penang FC II, Manzoor Azwira memiliki matlamat yang besar untuk mencungkil lebih ramai bakat muda Penang ke pentas Liga Super. Skuad Penang FC II tewas tipis 1-2 kepada PDRM FC dalam aksi pertama Piala MFL namun Manzoor Azwira kekal optimis dengan kemapuan pemain muda Penang. Jurulatih berusia 48 tahun itu mahu mempromosikan pemain […]
Malaysia Muncul Juara Dunia, Tewaskan Musuh Tradisi Thailand

Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2024 acara double buat kali pertama dengan mengatasi cabaran Thailand. Kedua-dua pasukan berjaya mara ke final selepas mengatasi lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Malaysia terpaksa bekerja keras mengenepikan cabaran Myanmar dengan Thailand pula menundukkan Indonesia. Cabaran Malaysia sekali lagi digalas oleh Aidil Aiman Zawawi […]
Izham Tarmizi Mula Turun Berlatih Bersama JDT

Bekas penjaga gol skuad muda kebangsaan, Izham Tarmizi sudah mula memulakan latihan bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Izham yang menghabiskan musim lalu dengan beraksi bersama Sri Pahang FC secara pinjaman kini sudah kembali ke pangkuan kelab lamanya yang juga juara Liga Super musim 2023. Kepulangan Izham ke kelab selatan tanah air itu bagi mengisi […]
Malaysia Masters: Lee Zii Jia Jadikan Zhao Jun Peng ‘Mangsa’ Pertama

Pusingan pertama Malaysia Masters pada Rabu menyaksikan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuka gelanggang dengan kemenangan ke atas Zhao Jun Peng dalam aksi tiga set. Setelah bergelar juara Thailand Open pada Ahad lalu, Zii Jia turun ke Axiata Arena untuk menjadikan Malaysia Masters sebagai medan ujian sebelum beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 […]
“Kes Ng Tze Yong Sangat Terpencil” – ISN

Kecederaan melibatkan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong disifatkan sebagai kes yang jarang untuk berlaku. Ng Tze Yong yang ditimpa kecederaan ketika beraksi di Petronas Malaysia Open pada awal tahun ini telah menjalani pembedahan sebelum ini bagi memulihkan keadaan pemain berusia 24 tahun itu. Menurut Pakar Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Jasmiza Khuzairi […]
Perbezaan Besar Nilai Pasaran Arif Aiman & Luqman Hakim

Perbezaan besar telah ditunjukkan bagi nilai pasaran dua pemain muda negara, Arif Aiman Hanapi dan juga Luqman Hakim. Kedua-dua pemain ini berada dalam fasa penting karier untuk terus mengukuhkan langkah dalam perjalanan masing-masing. Arif yang kini beraksi buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan pemenang hatrik Anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (MVP). Perbezaan nilai […]
Selangor Rangka Program Khas Bantu Pemulihan Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim bakal menjalani program pemulihan khas yang dirangka Selangor FC. Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Merah Kuning, Datuk Seri Shahril Mokhtar dalam satu sidang media yang diadakan pada hari ini. Faisal sudah menjalani pembedahan keempat iaitu prosedur split skin grafting (SSG) yang dibuat pada Isnin lalu. Prosedur ini dibuat […]
Faisal Halim Dijangka Boleh Kembali Beraksi Seawal 3 Bulan Lagi

Perkembangan terbaru tentang pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim terus mencuri tumpuan umum. Tonggak berusia 26 tahun itu kini masih menjalani rawatan pemulihan di salah sebuah hospital terkemuka di Lembah Klang. Semuanya bermula selepas beliau diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika berada pada salah sebuah pusat membeli-belah ibu kota. Faisal sudah pun menjalani pembedahan […]
Liverpool Buka Permohonan Jawatan Staf Kejurulatihan Di LinkedIn

Selepas mengesahkan perlantikan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp, Liverpool kini mengiklankan jawatan staf kejurulatihan kosong di LinkedIn. Daily Mirror melaporkan jawatan kosong yang diiklankan pasukan yang diberi jolokan The Reds itu ialah jurulatih khas untuk situasi bola mati. Kehadiran jurulatih khas ini bukan sesuatu yang asing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini. Ini […]
Jalil Elias Nikmati Detik Terhebat Bergelar Pemain JDT

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias kini menikmati detik terindah sebagai pemain baharu juara bertahan tersebut. Pemain berusia 27 tahun itu melengkapkan perpindahan ke JDT dari kelab Argentina, San Lorenzo dan sudah pun beraksi dalam beberapa perlawanan. Beliau mendapat kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama dan membentuk gandingan bersama Juan Muniz dan Nazmi […]
Azrin Afiq & Htet Aung Tidak Boleh Diturunkan Berdepan Selangor Ahad Ini

Khidmat dua pemain pinjaman Selangor, Azrin Afiq dan Hein Htet Aung tidak dapat digunakan oleh Negeri Sembilan menjelang pertemuan dalam saingan Liga Super pada Ahad. Azrin dan Htet Aung merupakan pemain Selangor yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dan makluman terkini mengesahkan bahawa kelibat dua pemain ini tidak akan kelihatan di atas padang pada hujung minggu […]
Como 1907, Pendatang Baru Serie A Rupa-Rupanya Milik Jutawan Indonesia

Pendatang baru Serie A musim 2024/2025, Como 1907 rupa-rupanya dimiliki oleh jutawan Indonesia sejak kelab tersebut dibeli pada tahun 2019 yang lalu. Como 1907 mencatatkan musim yang gemilang walaupun menamatkan saingan Serie B di tangga kedua liga apabila kembali ke pentas Serie A setelah 21 tahun. Como meraih 73 mata hasil 21 kemenangan, 10 seri […]