Kim Pan-gon Kongsi Detik Menyentuh Hati Bertemu Faisal Halim

Jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon mengakui merasa sebak semasa melawat bintang Selangor FC, Faisal Halim di hospital baru-baru ini. Pada 5 Mei lalu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di pusat beli-belah di Lembah Klang. Situasi ini menyebabkan beliau perlu melalui empat pembedahan di sebuah hospital swasta di Selangor bagi […]

Penerangan Lengkap Apa Itu UECL

Kejohanan UEFA Europa Conference League (UECL) semakin menjadi bualan hangat para peminat bola sepak terutamanya penyokong Chelsea FC namun masih ramai tertanya-tanya apakah itu kejohanan UECL? UEFA Europa Conference League atau UECL merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) setiap tahun bermula musim 2021/2022 melibatkan sebanyak 140 kelab di sekitar Eropah […]

Dua Aksi Pemanas Badan Menanti Harimau Malaya

Dua aksi pemanas badan menanti skuad Harimau Malaya sebelum terbang ke Bishek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan detik mencabar untuk mencari lawan susulan jendela FIFA yang suntuk. Menerusi satu kenyataan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu, beliau menyatakan bahawa anak buahnya bakal bertemu kelab Liga Super sebagai aksi pemanas […]

Arif Aiman Alami Kecederaan Buku Lali

Harimau Malaya terpaksa melupakan khidmat pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon mendedahkan Arif mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya. Sebelum ini, ramai tertanya-tanya tentang situasi kecederaan yang dialami pemain sayap berusia 22 tahun itu. Ini […]

“Saya Minta Maaf” – Azzmi Aziz

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz tampil meluahkan kekecewaan selain memohon maaf di atas kekalahan skuad bimbingannya di tangan Selangor dalam saingan Liga Super pada Ahad. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, empat gol di separuh masa kedua memusnahkan hajat Negeri Sembilan untuk mencipta kejutan ke atas naib juara musim […]

Kim Pan-gon Sebut Pengganti Posisi Arif Aiman & Faisal Halim

Malaysia bakal turun dengan misi besar apabila Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan pemain yang dipanggil kali ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah menyenaraikan 26 orang pemain bagi menghadapi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Mengulas lanjut, beliau ketika ditemui di Wisma FAM hari ini […]

Dua Kelab Belgium Dilaporkan Buru Khidmat Dion Cools

Dua kelab Belgium difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools. Perkara ini dilaporkan oleh laman Frfuturetalents berkenaan keinginan dua kelab Belgium itu untuk membawa pulang pemain berusia 27 tahun itu. Cools pulang beraksi di Asia Tenggara selepas beberapa tahun berkelana di Eropah bersama kelab terkemuka di sana. Beliau menyertai kelab Thailand, […]

Zhafri Yahya Ganti Syafiq Ahmad Bersama Harimau Malaya

Pemain tengah KL City FC, Zhafri Yahya dipanggil jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebagai pengganti penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad. Sebelum ini, nama penyerang berusia 28 tahun itu tersenarai dalam barisan 26 pemain yang dipanggil Pan-gon untuk dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau menyertai skuad senior negara bersama rakan […]

Beregu Malaysia Raih Habuan 6 Angka

Beregu campuran Malaysia, Wong Soon Huat dan Shevon Lai menerima habuan lumayan apabila menamatkan penantian kejuaraan Malaysia Masters 2024 dalam acara berkenaan. Ini kerana Soon Huat-Shevon menerima hadiah kemenangan berjumlah AS$33,180 (RM156,095) sebagai pemenang untuk acara regu campuran. Hadiah ini juga disifatkan sebagai hadiah perkahwinan kepada regu campuran itu. Ini kerana Soon Huat dan Shevon […]

Liridon Krasniqi Beri Petanda Mahu Kembali Ke Kedah

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi memberi bayangan bahawa beliau masih merindui Kedah Darul Aman. Tonggak berusia 32 tahun itu kali terakhir beraksi bersama Terengganu FC pada musim lalu sebelum membawa haluan ke Jerman dan Sepanyol. Beliau beraksi dalam Baller League, sebuah liga bola sepak baru Jerman yang mengetengahkan elemen kemahiran dan hiburan sebagai teras utama. Bekas […]

Faisal Halim Ditempatkan Di Lokasi Rahsia

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim kini dipindahkan ke lokasi rahsia. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang memaklumkan mengenai perkhabaran ini kepada Astro Awani. Katanya, susulan isu keselamatan yang melibatkan pemain berusia 26 tahun itu dan juga keluarganya, keputusan untuk […]

Filipina Bawa 10 Pemain Eropah Kekang Kemaraan Indonesia & Vietnam

Sebagai persiapan menghadapi baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan, Filipina memanggil 10 pemain yang berpangkalan di Eropah dan Amerika Utara. ASEAN Football melaporkan antara yang menerima panggilan jurulatih Belgium, Tom Saintfiet ialah Neil Etheridge (Birmingham City), Santiago Rublico (Atletico Madrid), Paul Tabinas (Vukovar 1991), Adrian Ugelvik (Levanger) dan Scott Woods (Eik […]

Kim Pan-gon Sisih 5 Pemain Skuad Piala Asia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk menyisihkan 5 pemain daripada skuad Piala Asia 2023 dalam panggilan 26 pemain kali ini. Malaysia bakal mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Skuad kebangsaan kini dalam misi besar untuk meraih 6 mata lagi bagi menyalakan harapan untuk layak ke […]

Cita-Cita Besar Gombak FC

Meskipun berstatus pendatang baru dalam saingan Liga A1 Semi Pro 2024/25, itu bukan halangan buat Gombak FC menyimpan cita-cita besar. Presiden pasukan, Muadzam Shariff menyifatkan dengan barisan pemain yang dipilih untuk mengharungi cabaran musim 2024/25, beliau percaya beberapa sasaran yang ditetapkan mampu dicapai. Selain menyasarkan kelayakan ke Piala Malaysia 2024/25, Gombak juga teringin untuk mengecapi […]

Prestasi Kyrgyzstan Merisaukan Sebelum Bertemu Malaysia

Prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kebangsaan Kyrgyzstan amat merisaukan sebelum bertemu Malaysia. Aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2026 itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon mahu bangkit daripada kedukaan selepas tunduk di tangan Oman dua kali. Harimau Malaya bagaimanapun terpaksa berdepan lawan yang kini dalam kemuncak prestasi selepas merekodkan dua kemenangan dalam aksi terakhir. Anak didik […]

Penyokong Berganding Bahu Kutip Sampah Selepas Tamat Perlawanan Di Stadium MBPJ

Tindakan peminat bola sepak mengutip sampah selepas tamat perlawanan di Stadium MBPJ semalam mendapat pujian ramai. Dua aksi awal Liga Super Selangor di Stadium MBPJ menyaksikan kehadiran penuh penyokong. Aksi pertama menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 18 Mei lalu menyaksikan 10,077 penyokong hadir. Manakala 10,365 orang lagi pulang ceria selepas menyaksikan Merah […]