MPFL: Usaha Selangor Kejar JDT Terjejas

Usaha skuad futsal Selangor FC mengejar pendahulu Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sedikit terjejas. Ini selepas Selangor mengumumkan bahawa pemain import Brazil, Matheus Vasconcelos atau Ceara tidak bersama pasukan untuk baki kempen MPFL musim ini. Keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk masalah kecederaan dan […]

Situasi Sebenar Kecederaan Syafiq Ahmad & Darren Lok

Situasi sebenar kecederaan dua peledak berbisa negara, Syafiq Ahmad dan Darren Lok mencuri tumpuan. Pasukan kendalian Kim Pan-gon kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Syafiq dan ramai lagi. Beliau bagaimanapun optimis untuk memastikan Harimau Malaya terus memperagakan aksi terbaik berbaki dua perlawanan menentant Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Pengendali kelahiran […]

Ong Kim Swee Teruja Bertemu Selangor Di Indonesia

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui teruja bakal berentap dengan Selangor FC dalam saingan RCTI Premium Sports yang bermula hari ini. RCTI Premium Sports ialah kejohanan empat sebelah yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Selain Sabah dan Selangor, kejohanan ini turut disertai dua kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta dan PSIS Semarang. Perlawanan pertama […]

Kelantan DN Terima Tajaan 6 Angka Musim Baru

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus mendapat sokongan penaja apabila ROHM Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd bersetuju memperbaharui kerjasama dengan pasukan itu. Pemeteraian kerjasama ini dibuat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bangunan A, REMA, Pengkalan Chepa baru-baru ini. Kelantan DN diwakili oleh Presiden, YB Rozi Muhamad, Pegawai Komunikasi Korporat, Hisham Lokman dan Pegawai […]

Sabah Terima Dana Lumayan RM1.5 Juta

Perjalanan pasukan Sabah FC berlangsung lebih baik apabila menerima suntikan dana lumayan mencecah RM1.5 Juta. Perkara ini dikongsikan oleh laman sosial Sabah FC mengenai satu lagi tajaan korporat oleh Zirbad Resources Sdn. Bhd buat The Rhinos. “Tajaan disampaikan Pengarah Urusan, Zirbad Resources Sdn.Bhd, Adham Abdul Hamid kepada Pengurus Besar Sabah FC, Md Joh Hj Wid, […]

Padang SNBJ Dalam Keadaan Terbaik Menjelang Aksi Chinese Taipei

Situasi keseluruhan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) difahamkan berada dalam keadaan memuaskan menjelang pertemuan menentang Chinese Taipei pada awal bulan hadapan. SNBJ bakal menjadi gelanggang bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Malaysia dan Chinese Taipei yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun nanti. Walau bagaimanapun, keadaan padang di stadium […]

5 Negara Tolak Peluang Bertemu Harimau Malaya

5 negara difahamkan menolak peluang untuk bertemu Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengenai usaha berterusan yang dilakukan untuk mencari lawan bagi skuad kebangsaan. Katanya, FAM berusaha sedaya upaya untuk mencari lawan bagi persiapan […]

JDT Cemas Sebelum Tundukkan Skuad Muda Kelantan

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III cemas sebelum meraih kemenangan ke atas Kelantan dalam aksi terbaru Piala Presiden 2024. JDT III perlu meraih kemenangan untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A. Sementara Kelantan pula memburu kemenangan untuk keluar dari kedudukan tercorot kumpulan. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan […]

3 Pemain Bawa Haluan Baru Selepas Tinggalkan JDT

3 pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan baru selepas meninggalkan pasukan. Skuad Harimau Selatan telah melepaskan beberapa pemain susulan langkah penjimatan yang diperkenalkan oleh pasukan bagi musim 2024/25. Pasukan kendalian Hector Bidoglio bagaimanapun tetap memperagakan aksi cemerlang bagi dua perlawanan pembukaan dengan membenam Negeri Sembilan dan KL City. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa […]

Kelibat Alfi Rasid Kembali Dikesan Selepas Tinggalkan Kedah

Kelibat bekas pemain Kedah Darul Aman FC B (KDA FC B), Alfi Rasid kembali dikesan selepas satu musim berjuang bersama skuad Sang Kenari di Piala MFL musim lalu. Alfi yang juga adik kepada bintang Terengganu FC, Safawi Rasid kini sah mewakili PDRM FC U23 yang beraksi dalam saingan Piala MFL. Pemain berusia 23 tahun itu […]

“Jumpa Anda Jun Ini” – Kobe Chong

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong memberi bayangan akan tiba di Malaysia Jun ini. Tonggak berusia 25 tahun itu seringkali menjadi bualan hangat selepas beliau dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Malaysia. Beliau memiliki pengalaman yang cukup luas dalam kancah bola sepak Eropah apabila pernah berada dalam skuad muda kelab Itali, Cagliari CF. Kobe Chong kini […]

Dua Bekas Penyerang Liga Super Ikut Jejak Tan Cheng Hoe Di Thailand

Dua bekas penyerang berbisa Liga Malaysia iaitu Herlison Caion dan Willian Lira alami nasib serupa seperti jurulatih Police Tero FC yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe. Caion dan Lira merupakan penyerang untuk kelab Chonburi FC dan kelab tersebut disahkan tersingkir ke divisyen dua Thailand selepas menduduki tangga ke-14 liga. Walaupun Lira […]

Nooa Laine Ikut Selangor Ke Jakarta, Persiapan Bersama Harimau Malaya Tertangguh

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine sah menyertai rombongan Selangor FC ke Jakarta, Indonesia hari ini. Sebelum ini, pemain berusia 21 tahun itu menjadi sebahagian daripada 26 pemain yang menyertai kem Harimau Malaya. Dengan panggilan tersebut, Nooa menjadi satu-satunya wakil Merah Kuning dalam skuad kebangsaan. Sementara Samuel Somerville, Sharul Nazeem Zulpakar, Fazly Mazlan, Aliff Haiqal Lau […]

Thailand Terima Berita Gembira Sebelum Lawan China

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang China, Thailand mendapat perkhabaran gembira hari ini. SiamSport melaporkan China terpaksa melupakan khidmat pemain sayap Shandong Taishan, Li Yuanyi kerana perlu menjalani penggantungan perlawanan. Ini selepas Persatuan Bola Sepak China (CFA) menerima makluman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bahawa Yuanyi perlu menjalani penggantungan dua perlawanan. Ini bermakna […]

Ini Sebab Anthony Ginting Atasi Lee Zii Jia Secara Percuma

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada lawannya, Anthony Ginting dalam pusingan pertama Singapore Open. Saingan Singapore Open yang membuka tirai pada 28 Mei menyaksikan wakil negara Lee Zii Jia diundi berdepan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia seawal pusingan pertama pada Rabu. Perlawanan ini sangat ditunggu-tunggu oleh peminat badminton Malaysia […]

Khabar Buruk Kem Negara Menjelang Olimpik Paris

Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi, kontinjen negara dikejutkan dengan khabar duka melibatkan beberapa atlet. Ini selepas Chef De Mission Sukan Olimpik 2024, Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin memaklumkan bahawa seramai tiga orang atlet kebangsaan dilaporkan mengalami kecederaan. ”Di dalam mesyuarat saya yang lepas, saya dapat maklumat […]