Singapura Jadi Mangsa Amukan Korea Selatan

Hasrat Singapura memberi saingan sengit dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan tidak kesampaian apabila dibelasah teruk di gelanggang sendiri. Singapura menurunkan barisan terkuat dengan Ikhsan Fandi diletakkan sebagai penyerang tunggal manakala Korea Selatan turut menurunkan pemain bintang seperti Son Heung-min dan Lee Kang-in. Perlawanan bermula dengan penguasaan penuh pasukan pelawat yang selesa […]

Oman Buat Chinese Taipei ‘Menangis’ Tak Terkata Di Laman Sendiri

Oman telah mengharungi saat indah untuk menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 3-0. Skuad kendalian Jaroslav Silhavy turun dengan kesebelasan terbaik sambil jentera serangan diketuai oleh Omar Al-Malki, Issam Al-Subhi dan juga Zaher Al-Aghbari. Perjalanan perlawanan bagaimanapun terbantut susulan cuaca buruk di laman Chinese Taipei. Aksi babak pertama banyak disia-siakan oleh tuan rumah dengan percubaan tepat […]

Penyokong Indonesia Hanya Mampu Geleng Kepala Lihat Ernardo Ari

Perjuangan hebat Indonesia akhirnya berakhir menentang Iraq apabila tewas dengan keputusan 2-0. Pasukan kendalian Shin Tae-yong beraksi cemerlang pada babak pertama apabila berjaya menamatkan saingan dengan keputusan 0-0. Babak kedua ternyata tidak memihak kepada Sang Garuda apabila satu demi satu kesilapan dilakukan oleh barisan pertahanan Indonesia. Semuanya bermula apabila Justin Hubner memberikan sepakan penalti kepada […]

Ali Jasim Jadi Dalang Kekalahan Indonesia Kepada Iraq

Iraq terus memperkukuh kedudukan dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno. Selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan, Iraq turun tanpa tekanan. Sementara Indonesia pula perlu menang agar dapat mengiringi Singa Mesopotamia ke pusingan seterusnya. Pengendali Iraq, Jesus Casas menurunkan barisan terkuat termasuk bekas bintang muda […]

Jordi Amat Hukum Indonesia Dengan Kad Merah, Penalti Iraq Terbang Ke Bulan

Pertahanan tengah Indonesia, Jordi Amat menghukum pasukan dengan kad merah yang diterimanya pada aksi menentang Iraq. Pasukan bimbingan Shin Tae-yong terdesak untuk mencari kemenangan berdepan lawan yang kini terlalu handal dalam saingan kumpulan. Usaha itu berdepan situasi sukar apabila pada awalnya pertahanan muda, Justin Hubner melakukan kesilapan apabila bola terkena tangan dan memberikan lawan sepakan […]

Bruno Fernandes Minta Man United Naikkan Gaji Cecah RM8.8 Juta Sebulan

Kapten Man United, Bruno Fernandes mahu pasukan itu menaikkan gajinya agar setara dengan beberapa penerima gaji tertinggi di Old Trafford. Akhbar Daily Mirror melaporkan beliau berbuat demikian bukan saja kerana mengambil kira kontraknya bakal berakhir pada tahun 2026. Malah, sentimen ini turut didorong oleh keinginan gaji yang diterima hendaklah bersesuaian dengan status dirinya selaku kapten […]

Liridon Krasniqi Ingin Kembali Wakili Harimau Malaya

Bekas pemain tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi mengakui memiliki keinginan untuk kembali mewakili Harimau Malaya. Perkara ini dinyatakan sendiri pemain berusia 32 tahun itu dalam sesi soal jawab bersama peminat di Instagram Story baru-baru ini. “Sudah tentu (saya mahu kembali mewakili skuad kebangsaan). Saya akan kembali dalam masa terdekat, Insya Allah,” katanya. Ketika ini, Liridon […]

Stadium Shah Alam Tak Lepas Satu Syarat Punca Belum Dirobohkan

Proses perobohan Stadium Shah Alam masih belum bermula susulan tidak memenuhi satu syarat penting yang telah ditetapkan. Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim kepada Bernama berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu belum dapat dilaksanakan lagi. Katanya, syarikat pemaju masih belum menyerahkan pelan pembangunan penuh […]

Tan Cheng Hoe Tidak Ditawar Kontrak Lanjutan Di Police Tero

Jodoh Tan Cheng Hoe bersama kelab Thai League 1, Police Tero dilaporkan sudah berakhir. Sejak menerima tawaran The Silver Shield Dragon pada akhir Februari lalu, magis Cheng Hoe diharap dapat membantu pasukan itu keluar dari zon penyingkiran liga. Malangnya, itu tidak berlaku dengan Police Tero, Trat dan Chonburi tersingkir ke saingan Thai League 2 musim […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Kyrgyzstan vs Malaysia (Live Streaming)

Malaysia bakal mengharungi aksi kelima kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan malam ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon membawa motivasi terbaik selepas berjaya menundukkan pasukan ke-100 dunia itu dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu optimis dengan kemampuan pemain yang dipanggil kali ini untuk mencipta kejutan ke atas anak didik Stefan […]

Pengendali Singapura Yakin Mampu Kejutkan Korea Selatan

Ketua jurulatih skuad Singapura, Tsutomu Ogura mensasarkan bahwa pasukannya mampu cipta kemenangan sulung bagi saingan kelayakan Piala Dunia pusingan kedua hari ini. Pasukan Singapura akan bertemu Korea Selatan bagi aksi ke-5 peringkat kumpulan C pada malam ini.  Pengendali Singapura ini menegaskan bahwa anak buahnya perlu mempamerkan aksi yang terbaik bagi melakar kejutan ke atas pasukan terbaik […]

Ranking JDT Naik Lagi, Kini Muncul Kelab Ke-13 Terbaik Di Asia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus merekodkan pencapaian membanggakan apabila kini muncul kelab ke-13 terbaik di Asia. Kemas kini terbaru oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir tempoh hari. Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan kini mengumpul 75.3 […]

Jurulatih JDT Diiktiraf Program Kejurulatihan Real Madrid

Satu lagi pencapaian membanggakan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pembantu jurulatih, Ramiro Gonzalez diiktiraf program kejurulatihan Real Madrid. Menerusi perkongsian oleh laman Johor Southern Tigers, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan tahniah kepada pembantu jurulatih Ramiro Gonzalez selepas dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang oleh Real Madrid Graduate School. Hal ini selepas beliau berjaya […]

Pusat Latihan Berkelas Dunia Indonesia Hampir Siap, Guna Dana FIFA Sebaik Mungkin

Usaha Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) merealisasikan pusat latihan bola sepak baru dengan bantuan dana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semakin menjadi kenyataan. Ini selepas FIFA memuat naik beberapa gambar terbaru Pusat Latihan PSSI di ibu negara baru Indonesia, Nusantara Capital City (IKN) dalam satu kenyataan semalam. PSSI amat berterima kasih kepada FIFA kerana menerusi […]

JDT Sediakan 3 Pengganti Syihan Hazmi

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyediakan tiga pengganti kepada Syihan Hazmi. Pasukan kendalian Hector Bidoglio memulakan musim 2024/25 dengan begitu cemerlang apabila meraih 9 mata daripada 3 perlawanan. Prestas memberangsangkan ini juga diserikan dengan 11 jaringan dan hanya bolos satu gol ketika berdepan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim. Kejayaan itu […]

Singapura Jadikan Malaysia Inspirasi

Bek tengah Singapura, Safuwan Baharudin melihat Malaysia sebagai inspirasi pasukan itu terutama menjelang aksi menentang Korea Selatan pada malam ini. Sejak skuad negara dibimbing oleh jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon pada 2022, Malaysia mempamerkan peningkatan dari segi prestasi. Selain berjaya mara secara merit ke Piala Asia 2023, skuad negara turut mencipta kejutan ke atas pasukan-pasukan […]