EURO 2024: Jerman ‘Hentam’ Scotland Tanpa Belas Kasihan

Jerman membuka tirai Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024 dengan kemenangan besar apabila membelasah Scotland 5-1 dalam aksi pertama Kumpulan A. Dengan status selaku tuan rumah dan ranking ke-16 dunia, Die Mannschaft dilihat pasukan pilihan berbanding Scotland (ranking ke-35 dunia). Jerman menurunkan barisan terkuat diketuai bekas kapten Manchester City, Ilkay Gundogan. Sementara The Tartan Army […]

Piala FA: Penalti Jalan Terakhir Penang Tumpaskan Sri Pahang

Aksi pusingan ke-16 saingan Piala FA musim ini menyaksikan Penang FC berjaya menewaskan Sri Pahang dengan penentuan sepakan penalti selepas seri sehingga 120 minit permainan. Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad menurunkan beberapa pemain terbaik antaranya Kpah Sherman, Manuel Hidalgo dan arkitek tengah, Nor Azam Azih.  Sementara Penang FC, misi memburu kemenangan pertama  musim ini selepas […]

Piala FA: Terengganu Ke Suku Akhir, Singkirkan Perak

Terengganu mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2024 hari ini selepas menewaskan Perak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pasukan Perak dibawah kendalian Yusri Che Lah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keenam permainan. Rembatan deras Luiz Motta gagal diselamatkan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin. Pada minit ke-35 permainan, […]

Piala FA: Kedah ‘Hantar’ Bukit Tambun Pulang Tanpa Halangan

Kedah Darul Aman memulakan saingan Piala FA dengan langkah kanan setelah mudah menundukkan Bukit Tambun FC di Alor Setar pada Jumaat. Kedah Darul Aman yang ketika ini dalam prestasi yang kurang meyakinkan dalam saingan liga setelah tumpas dalam dua aksi terakhir menerima kunjungan wakil Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun di laman sendiri. Pengendali Kedah, […]

Piala FA: Gol Emas Kuching City Singkirkan KL City

Piala FA: Finalis 2023, KL City mengalami kejutan apabila disingkirkan oleh Kuching City di laman sendiri. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras itu menyaksikan 5 tonggak kebangsaan menjadi taruhan tuan rumah untuk mencari kemenangan. Usaha itu membuahkan hasil apabila Haqimi Azim membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi satu rembatan kencang. Pasukan pelawat tidak menunggu […]

Kim Pan-gon Prediksi Timnas Indonesia Akan Jadi Raja ASEAN

Pelatih Timnas Malaysia, Kim Pan Gon, memprediksi Indonesia akan jadi raja baru ASEAN seiring performa menanjak yang ditunjukkan skuad besutan Shin Tae-yong. Dilansir dari Astro Awani, kompatriot Shin Tae-yong itu memprediksi Indonesia akan jadi raja ASEAN tak lama lagi berkat rentetan hasil positif di kancah Asia. “Bagi saya, Indonesia akan jadi tim utama di sini […]

Kepulangan Dion Cools Ke Eropah Semakin Hampir?

Kepulangan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools berpotensi besar bakal menjadi kenyataan. Spekulasi mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun itu kembali menjadi bualan hangat susulan kontraknya yang difahamkan berakhir 30 Jun 2024 bersama kelab Thailand, Buriram United. Masa depan beliau mula menjadi tanda tanya terutamanya selepas dikaitkan dengan kepulangan ke Eropah. Sebelum ini, laman […]

Lee Chong Wei Doakan Faisal Halim

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendoakan agar bintang pasukan kebangsaan, Faisal Halim cepat sembuh daripada kecederaan yang dialaminya. Selepas pemain sayap Selangor FC itu menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu, nama Faisal menjadi bualan ramai. Ini mendorong ramai pihak terutama figura terkenal dunia sukan dan kelab-kelab terkemuka menyatakan sokongan kepadanya dan […]

Haqimi Azim Perlukan 10 Minit Gegar Jaring

Penyerang berbisa KL City FC, Haqimi Azim hanya memerlukan 10 minit untuk kembali meledak. Pemain berusia 22 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama The City Boys berdepan Kuching City dalam aksi Piala FA 2024. Beliau membentuk gandingan mantap bersama Paulo Josue dan Jovan Motika untuk mengemudi jentera serangan KL City. Pasukan pelawat dilihat jelas bergelut […]

PM Arah PDRM Siasat Rapi Kes Simbah Asid Faisal Halim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan siasatan rapi terhadap kes simbah asid bintang Selangor FC, Faisal Halim. Nama pemain sayap kebangsaan itu menjadi bualan ramai pihak apabila disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di Lembah Klang pada awal Mei lalu. Situasi itu menyebabkan Faisal terpaksa melalui empat pembedahan […]

Pemain Warisan Malaysia Dari Eropah Bakal Sertai Kelab Liga Super?

Seorang pemain warisan Malaysia difahamkan bakal menjalani sesi percubaan bersama sebuah kelab Liga Super. Umum mengetahui bahawa Malaysia memiliki ramai pemain warisan berbakat besar yang berkelana di Eropah. Perjalanan mereka telah menarik minat beberapa kelab di Liga Super untuk memantapkan lagi pasukan bagi saingan musim baharu. Menerusi beberapa sumber yang diterima MakanBola, seorang pemain warisan […]

Selangor Komited Pelihara Kebajikan Faisal Halim

Pengurusan Selangor FC tetap komited menjaga kebajikan pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim sehingga kontraknya berakhir pada 2027. Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Teknikal Merah Kuning, Datuk Seri Shahril Mokhtar apabila ditanya tentang hal itu semalam. Selepas Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali pada awal Mei lepas, Selangor banyak membantu […]

Euro 2024: Jerman Beri RM2 Juta Kepada Setiap Pemain Jika Muncul Juara

Ganjaran sebanyak RM2 juta menanti setiap pemain sekiranya Jerman berjaya memenangi kejohanan Euro 2024 yang bakal bermula pada awal pagi Sabtu. Jerman yang merupakan tuan rumah kejohanan ini telah diundi di dalam kumpulan A bersama tiga lagi negara iaitu Scotland, Hungary dan Switzerland yang tampil cemerlang di edisi lalu apabila mengejutkan Perancis di pusingan 16 […]

Maksim Lisitsyn Dilantik Jurulatih Baharu Kyrgyzstan

Meskipun berjaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan pantas membuat perubahan pada struktur kejurulatihan mereka. Kesatuan Bola Sepak Kyrgyzstan (KFU) memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak Stefan Tarkovic dan membawa masuk Maksim Lisitsyn sebagai jurulatih baharu. Perubahan ini diumumkan badan induk bola sepak Kyrgyzstan itu menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi […]

Siaran Langsung Piala FA: Terengganu vs Perak (Live Streaming)

Pertembungan dua pasukan Liga Super, Terengganu dan Perak menghangatkan lagi saingan Piala FA 2024. Pasukan bimbingan Yusri Che Lah mahu kembali bangkit selepas tunduk 3-1 pada aksi menentang skuad Peteh dalam saingan Liga Super 2024/25. “Terengganu semakin kuat. Selepas tiga perlawanan, mereka menghasilkan enam jaringan di tempat sendiri termasuk tiga jaringan ke atas kami dan […]

Fandi Ahmad Harap Kpah Sherman Temui Sentuhan Penyudah Berdepan Penang

Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad mengharapkan ketajaman penyudah penyerang importnya, Kpah Sherman menjelang pertemuan menentang Penang dalam saingan Piala FA. Kpah Sherman yang masih diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan masih kebuntuan jaringan selepas dua aksi pertama liga dan kekal menjadi sandaran utama Fandi untuk merobek gawang lawan di Temerloh. Menurut Fandi, pasukannya kini […]