Marin Pilj Akui Pakar Cetak Gol Jarak Jauh

Pemain tengah Terengganu FC, Marin Pilj mengakui dirinya memiliki kepakaran dalam mencetak gol dari jarak jauh. Rembatan dari luar kotak penalti oleh Marin Pilj ketika menentang Perak tempoh hari berjaya menghasilkan gol kedua buat Terengganu sekaligus menghadiahkan kemenangan berharga ke atas Perak. Marin Pilj yakin percubaan jarak jauh itu mampu menghasilkan gol kerana beliau pernah […]
Van Dijk Anggap Padang Di Jerman Memalukan

Kapten Belanda, Virgil van Dijk menyifatkan padang Volksparkstadion untuk aksi Kumpulan D EURO 2024 menentang Poland hari ini sebagai memalukan. Akhbar Daily Mail melaporkan kedua-dua pasukan menyuarakan kebimbangan tentang keadaan padang stadium berkenaan. Ini ditambah dengan arahan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang tidak membenarkan kedua-dua pasukan berlatih di Volksparkstadion untuk latihan pra-perlawanan. Arahan tersebut […]
Penyokong England Ingkar Larangan Nyanyi Lagu 10 Pengebom Jerman

Penyokong England yang tiba di Jerman untuk kejohanan Euro 2024 telah mengingkari nasihat pihak polis yang melarang nyanyian lagu sensitif bertajuk 10 Pengebom Jerman. Polis Jerman sebelum ini telah menasihati penyokong England yang berada di Jerman untuk tidak menyanyikan lagu tersebut yang berbentuk provokasi berdasarkan situasi Perang Dunia Kedua. Lirik lagu 10 Pengebom Jerman tersebut […]
“Lepas Ni Pertahanan Kena Pakai Cermin Sisi Sebab Kecanggihan VAR” – Arie Sham

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Arie Sham berseloroh pemain pertahanan perlu memakai cermin sisi bila turun beraksi di atas padang. Komen tersebut dibuat beliau apabila mengulas insiden penalti yang diterima Terengganu FC semasa aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 pada Jumaat lalu. Perak sebelum itu mengejutkan Peteh dengan mendahului menerusi pemain tengah […]
3 Pemain Kelantan Bawa Diri Ke Indonesia

3 tonggak penting TRW Kelantan FC telah membawa diri untuk beraksi di Indonesia. The Red Warriors mengharungi musim 2023 yang cukup menghampakan apabila gagal untuk kekal bersaing dalam kancah Liga Super. Satu demi satu masalah melanda pasukan milik Norizam Tukiman sehingga tidak dapat bersaing dalam kancah Liga A1 Semi Pro. Beberapa pemain utama telah mengangkat […]
Yazan Al-Arab Diintai Kelab Besar Korea Selatan?

Nama bekas bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab kini menjadi sebutan dalam arena bola sepak Korea Selatan. Ini selepas Korea Football News mendedahkan FC Seoul dilaporkan mahu mendapatkan bek tengah Jordan berusia 28 tahun itu. Seoul yang dibimbing jurulatih, Kim Gi-dong dikatakan berminat mendapatkan Yazan bagi menambah baik barisan pertahanan mereka yang kerap dibolosi pihak […]
Australian Open: Lee Zii Jia Raih Gelaran Juara Kedua 2024

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain perseorangan keenam dunia, Kodai Naraoka untuk meraih gelaran juara Australian Open 2024. Ini gelaran juara kedua Zii Jia dalam tahun 2024 selepas bergelar juara Thailand Open 2024 pada bulan lalu. Selepas melepasi cabaran Lee Chia Hao di peringkat separuh akhir semalam, kini […]
Sami Khedira Dedah Impak Cristiano Ronaldo Ubah Mentaliti Pemain Juventus

Bekas pemain Juventus, Sami Khedira telah mendedahkan sebuah kisah bagaimana kehadiran Cristiano Ronaldo berjaya mengubah mentaliti para pemain Juventus. Cristiano Ronaldo mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila menyertai Juventus pada Ogos 2018 dengan yuran perpindahan sebanyak RM591.3 juta (€117 juta) setelah 9 tahun bersama Real Madrid. Sami Khedira yang pernah bermain bersama Ronaldo di Real […]
Perbandingan Nilai Pasaran Luqman Hakim & Haqimi Azim Jadi Bualan

Perbandingan nilai pasaran antara dua tonggak utama negara, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Haqimi Azim mencuri perhatian. Kedua-dua pemain ini beraksi bersama skuad B-23 negara dengan Haqimi kembali mendapat tempat di bawah kendalian Kim Pan-gon. Luqman pula berada dalam senarai bersedia sekaligus menyaksikan lebih ramai pemain muda mendapat tempat dalam percaturan pengendali Korea Selatan itu. […]
Australian Open: Perjalanan Magis Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien Terhenti Di Tangan Beregu Indonesia

Hasrat besar beregu wanita Malaysia, Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien untuk membawa pulang kejuaraan Australian Open 2024 tidak kesampaian setelah tumpas di perlawanan akhir kepada Febriana Kusuma-Amallia Pratiwi. Pei Jing-Chiew Sin yang melakukan debut di kejohanan bertaraf 500 ini melalui satu perjalanan yang sangat manis di Sydney apabila berjaya menumbangkan beberapa pasangan pilihan untuk lolos […]
Rezal Zambery Mahu Kelantan DN Fokus Raih Mata Pertama Liga Super

Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Rezal Zambery Yahya mengakui penting untuk pasukannya meraih mata pertama dalam saingan Liga Super untuk terus kekal bersaing. Kelantan DN yang disingkirkan oleh JDT dalam kancah Piala FA menyaksikan skuad Kijang Emas akan memberi sepenuh fokus terhadap saingan Liga Super selepas ini. Menurut Rezal Zambery, para pemain Kelantan […]
“Harap Doktor Banteras Penyakit Perak Sebelum Merebak” – Yusri Che Lah

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berharwp atar pihak perubatan pasukan dapat mebanteras ‘wabak’ kad merah dalam pasukannya. The Bos Gaurus terpaksa akur apabila tunduk 1-2 di SSMZA selain terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Beliau bagaimanapun memuji kerja keras dan komitmen yang ditonjolkan oleh setiap pemain yang berjuang bermati-matian. Usaha tersebut digagalkan apabila penalti […]
Sarach Yooyen Sertai Kelab Divisyen Dua Jepun

Bintang veteran Thailand, Sarach Yooyen membuat kejutan dengan menyertai kelab divisyen dua Jepun, V-Varen Nagasaki secara pinjaman dari BG Pathum United. ASEAN Football melaporkan pemain berusia 32 tahun itu telah mencapai persetujuan untuk menyertai kelab J2 League berkenaan selama enam bulan. Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan empat pemain Thailand menjadi sasaran beberapa kelab J1 […]
Pemain Albania Pecah Rekod Baru Euro 2024

Pemain tengah Albania, Nedim Bajrami mencipta rekod baharu di Euro 2024 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan B menentang Itali pagi tadi. Pemain berusia 25 tahun itu memerlukan 23 saat sahaja untuk menjaringkan gol pertama pasukan sekaligus menjadi rekod baru jaringan terpantas di kejohanan ini. Bagi rekod sebelum ini dipegang oleh pemain Russia, Dmitri Kirichenko yang […]
Benjamin Mora Raih Kemenangan Pertama Di Kanada

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Benjamin Mora meraih kemenangan pertama sebagai jurulatih kelab Kanada, York United. Ini selepas kelab Canadian Premier League (CPL) itu berjaya menewaskan pendahulu liga, Atletico Ottawa dalam aksi terbaru liga yang berlangsung pada hari ini. Meskipun baru dilantik sebagai jurulatih pada 5 Jun lalu, sentuhan yang dimiliki jurulatih […]
Piala FA: Terengganu Catat Kehadiran Tertinggi, JDT Terima Sambutan Hebat

Saingan pusingan 16 terbaik Piala FA menyaksikan Terengganu FC telah merekodkan kehadiran tertinggi diikuti rapat oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner mencuri tumpuan apabila sekali lagi menundukkan Perak dengan keputusan 2-1. Sebelum ini, aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah dibanjiri oleh belasan ribu penyokong ketika tuan rumah membenam The […]