BG Pathum Sedia Ganti Kereta Terbakar Kerana Penyokong Main Bunga Api

Juara Thai League Cup musim 2023/24, BG Pathum United bersedia menggantikan kereta seorang penyokong yang terbakar selepas aksi final kejohanan itu pada Ahad lepas. Pada 16 Jun lalu, sebuah kereta dilaporkan terbakar di luar Stadium Thammasat selepas tamat perlawanan final Thai League Cup. Menurut wartawan sukan Thailand, Ta Lao, kebakaran berlaku disebabkan bunga api yang […]

Malaysia Kekal Di Tangga Ke-96, Indonesia Lonjak Dua Anak Tangga

Kedudukan Malaysia dalam kelompok 100 terbaik dunia tidak tergugat dalam senarai ranking bola sepak wanita FIFA sementara Indonesia mempamerkan peningkatan mengagumkan. Menerusi kemas kini ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan kedudukan skuad wanita kebangsaan tidak mengalami perubahan setelah tiada sebarang perlawanan yang dihadapi. Kali terakhir skuad wanita negara turun beraksi adalah […]

ASEAN Championship Fokus Terbaru Kim Pan-gon

Fokus terbaru pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon selepas ini ialah saingan ASEAN Championship 2024. ASEAN Championship atau nama komersialnya, ASEAN Mitsubishi Electric Cup kembali lagi untuk edisi 2024 bagi menentukan siapa jaguh bola sepak di rantau Asia Tenggara. Pan-gon melihat kejohanan ini penting buat skuad negara kerana ini bukan saja peluang menambah mata ranking Persekutuan […]

Kelab Liga Super Berebut Dapatkan Kobe Chong

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong difahamkan telah dirisik oleh beberapa buah kelab Liga Super. Tonggak berusia 22 tahun itu telah berkelana di Eropah hampir sebahagian besar kariernya namun memilih untuk membawa haluan baru. Menerusi satu hantaran oleh Kobe Chong di laman Instagram, beliau bagaimanapun membuat kejutan apabila sudah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) […]

Euro 2024: 2 Gol Dibatalkan VAR Hiasi Aksi Belgium Berdepan Slovakia

Kempen Euro 2024 pada semalam diteruskan membabitkan pertemuan antara pasukan Belgium dan Slovakia dalam saingan Kumpulan E. Slovakia berjaya mencatat tiga mata berharga selepas menewaskan pasukan pilihan iaitu Belgium dengan 1-0. Gol awal yang terhasil menerusi Ivan Schranz pada minit ketujuh permainan meranapkan hasrat Belgium untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata. Ivan Schranz memastikan kemenangan pertama […]

Jurulatih India Dipecat Serta-Merta

Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) bertindak memecat pengendali skuad kebangsaan negara itu dari Croatia, Igor Stimac. Keputusan pemecatan itu dibuat selepas satu mesyuarat maya membabitkan ahli jawatankuasa kanan AIFF diadakan semalam. Khidmat jurulatih berusia 26 tahun itu ditamatkan selepas India gagal layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini. Selepas tewas 2-1 […]

Safee Sali: Sri Pahang Ujian Sebenar JDT

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali melihat Sri Pahang FC sebagai medan ujian sebenar Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Empat perlawanan awal Liga Malaysia (Liga M) menyaksikan JDT bukan saja menerajui Liga Super dengan sembilan mata. Malah, anak buah Hector Bidoglio itu turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA 2024 dengan membelasah Kelantan […]

Euro 2024: Gol Sendiri Austria Penyelamat Maruah Perancis

Perancis mengutip kemenangan pertama dalam kempen Euro 2024 apabila berjaya menewaskan Austria. Didier Deschamps menagih bisa Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Kolo Muani serta Marcus Thuram dalam menggempur gawang gol pasukan Austria. Austria yang dipimpin oleh Ralf Rangnick menagih bisa pemain seperti Konrad Laimer, Marcel Sabitzer, Max Wober serta C. Baumgartner untuk aksi pertama Euro 2024. […]

Mbappe Patah Hidung

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe mengalami kecederaan patah hidung dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan D menentang Austria bagi aksi saingan Euro 2024 pagi tadi. Perkara ini telah disahkan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamp sejurus selepas tamat perlawanan. Insiden yang dialami oleh Kylian Mbappe itu ketika aksi separuh masa kedua pada minit ke-86 dimana beliau berlaga bahu […]

Kesilapan Penjaga Gol Ukraine Bawa Padah

Kesilapan yang dibuat penjaga gol Real Madrid, Andriy Lunin hari ini membawa malang kepada Ukraine dalam aksi terbaru EURO 2024 hari ini. Aksi Kumpulan E EURO 2024 menyaksikan Ukraine berentap dengan Romania untuk mendapatkan tiga mata pertama kejohanan. Dengan kelibat pemain berkaliber seperti Lunin, Oleksandr Zinchenko (Arsenal), Mykhailo Mudryk (Chelsea) dan Vitaliy Mykolenko (Everton), pasukan […]

Latihan Syahmi Adib Sebelum Lawan Selangor Tuai Hasil

Persediaan latihan sepakan penalti berjaya membantu penjaga gol Negeri Sembilan, Syahmi Adib tampil cemerlang ketika berdepan Selangor dalam aksi Piala FA tempoh hari. Syahmi Adib yang diberi peranan sebagai penjaga gawang oleh ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz, membalas kepercayaan tersebut dengan aksi positif meskipun skuad Rusa tumpas 0-4 di tangan Selangor. Momen Syahmi menyelamatkan […]

“Saya Tak Tahu Reziq Bani Hani Makan Apa” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil akui terkejut dengan perkembangan positif pemain import, Reziq Bani Hani yang dibelenggu kecederaan sebelum ini. Reziq yang mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi di kejohanan jemputan RCTI Premium Sports pada awal Jun dikhabarkan terpaksa disisihkan oleh Selangor selama beberapa minggu sebelum ini. Ini memaksa The Red Giants turun tanpa khidmat […]

Syafiq Ahmad Kongsi Rancangan Selepas Bersara

Penyerang Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad telah berkongsikan rancangan beliau selepas bersara daripada arena bola sepak Malaysia. Syafiq yang menyarung jersi Kedah secara pinjaman berjaya meledak gol dalam perlawanan pertama liga namun kini beliau terpaksa disisihkan buat sementara waktu akibat kecederaan hamstring. “Selepas tak menjadi pemain bola sepak saya rasa duduk buat bendang dekat […]

Kobe Chong Tiba Di Malaysia, Impian Penyokong Bakal Jadi Kenyataan?

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong sudah tiba di Malaysia. Tonggak berusia 22 tahun itu sebelum ini memberi bayangan akan terbang ke Malaysia beberapa minggu lalu dan akhirnya menjadi kenyataan. Beliau telah mengembangkan sebahagian besar kariernya di Eropah menimbulkan tanda tanya mengenai keberadaannya di Malaysia. Sebelum ini, laman Frfuturetalents melaporkan bahawa proses dokumentasi Wan Kuzain dan […]

Penyerang Hungary Berbadan Gempal Punyai Pencapaian Yang Tak Disangka

Kelibat penyerang Hungary, Martin Adam dalam kempen Euro 2024 ketika ini telah mencuri tumpuan para peminat bola sepak Eropah. Martin Adam masuk selaku pemain gantian pada minit ke-79 menggantikan Milos Kerkez dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kekalahan 1-3 Hungary kepada Switzerland dalam perlawanan pertama kumpulan A. Namun sosok tubuh dan wajah pemain itu mengundang komen […]

Cheam June Wei Julang Gah Nama Malaysia Di China

Nama Malaysia terus mendapat perhatian dunia badminton apabila pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei muncul juara kejohanan jemputan di China. June Wei menyertai Lin Dan Cup yang diadakan di Stadium Bao’an di Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China bermula 15 Jun hingga 16 Jun yang lalu yang turut disertai oleh nama-nama yang tidak asing seperti Heo […]