Skuad Muda Terengganu Lakar Kejutan Tundukkan JDT

Hajat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II kembali bergelar pendahulu Piala MFL tidak kesampaian apabila tewas kepada Terengganu FC II dalam aksi terbaru Piala MFL musim 2024/25. JDT II yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez perlu menang jika ingin memburu pendahulu liga ketika ini, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Sementara juara Piala MFL […]

Ulsan Hyundai Tamatkan Kontrak Penyerang Sasa Hungary, Martin Adam

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan HD memutuskan untuk menamatkan khidmat penyerang Hungary, Martin Adam. Korea Football News melaporkan Ulsan berbuat demikian selepas mendapatkan pengganti, Yago Cariello dari Gangwon FC. Dengan keputusan ini, Ulsan akan menggunakan khidmat Matheus Sales, Darijan Bojanic, Ataru Esaka, Gustav Ludwigson, Kelvin dan Cariello sebagai tonggak import. Nama Adam bukanlah asing […]

Respon Positif Tunku Ismail Lihat Kemajuan Ranking JDT Di Asia

Respon positif telah ditunjukkan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap kemajuan ranking JDT di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini memgekalkan rekod cemerlang 100 peratus kemenangan dalam semua kejohanan yang diharungi. Hal ini termasuklah ketika berjaya menundukkan kelab Liga A1, Malaysian University pada aksi […]

“Aksi Ada Siaran Langsung, Semua Orang Nampak Apa Dia Buat” – Razman Roslan

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan mengkritik tindakan pemain yang mula berkelakuan kurang sopan di atas padang. Baru-baru ini, terdapat beberapa insiden yang melibatkan pemain di Liga Super Malaysia yang gagal mengawal diri dan juga emosi mereka. Hal ini menyebabkan tindakan tersebut mendapat perhatian daripada peminat bola sepak tanah air yang gusar dengan tingkah laku pemain […]

Suspek Kes Pecah Rumah Pemain Selangor Diberkas, Pernah Terlibat Kes Samun Di 4 Negeri

Polis mencekup dua individu dipercayai suspek yang terlibat dalam kes pecah rumah bek tengah Selangor, Khuzaimi Piee. Pada akhir Mei lalu, bek tengah berusia 30 tahun mendapati rumahnya dipecah masuk selepas pulang daripada menjalani latihan bersama pasukan Merah Kuning. Khuzaimi mengalami kehilangan barang berharga seperti motosikal Yamaha Y15ZR berwarna biru, beg silang pelbagai jenama dan […]

MOM Perkenal Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia

Susulan maklum balas yang bercampur baur berkenaan pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil langkah menambah baik rekaan yang dinyatakan. Lantas, MOM telah memperkenalkan rekaan terbaru pakaian rasmi kontinjen Olimpik negara. Menariknya, beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dipilih sebagai model pakaian berkenaan. Hasil maklum […]

Datuk Zainal Abidin: Kedah Berpengalaman, Penang Lebih Bahaya

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan persaingan merebut tiket separuh akhir Piala FA 2024 antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih lagi terbuka. Pengamatan itu dibuat beliau selepas melihat Kedah meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Harimau Kumbang dalam aksi suku akhir pertama pada 28 Jun lalu. Datuk […]

JDT Tinggal Jauh Kawasaki Frontale & Al-Ittihad

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan pencapaian membanggakan apabila meninggalkan jauh dua seteru Asia iaitu Kawasaki Frontale dan juga Al-Ittihad. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam momentum terbaik apabila menundukkan pasukan Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0. Hal ini memastikan pasukan Harimau Selatan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua pertandingan […]

Malaysian University Pamer Aksi 100% Lawan JDT Tanpa Import

Pengendali Malaysian University FT (MUFT), Ridzuan Abu Shah gembira dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya semasa menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baru-baru ini. Wakil Liga A1 Semi Pro itu berdepan tugas sukar apabila bertemu dengan JDT di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada […]

“Saya Akan Bersara Sebagai Pengurus Jika Malaysia Gagal Ke Piala Asia”

Pengurus pasukan B-16 negara, Christopher Raj sedia bersara sebagai pengurus sekiranya Malaysia gagal ke Piala Asia 2025. Perkara ini disuarakan olehnya selepas Malaysia B-16 menamatkan perjuangan dalam Kejuaraan Asean pada peringkat kumpulan. Kekecewaan jelas menyelubungi skuad negara apabila tidak berupaya mengulangi pencapaian tahun 2019 untuk muncul juara. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Media, Komunikasi dan […]

“Malaysia B-16 Tunjuk Banyak Kemajuan Walau Tersingkir Awal” – Javier Ribera

Pengendali Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera percaya skuad negara menunjukkan banyak kemajuan meskipun tersingkir daripada saingan Kejuaraan ASEAN B-16 2024. Skuad negara tidak dapat layak ke pusingan separuh akhir kejohanan selepas hanya mengutip tiga mata dalam Kumpulan C. Satu-satunya kemenangan yang diraih Malaysia B-16 ialah kemenangan 5-0 ke atas Timor Leste. Sementara […]

Malaysia Bakal Diuji Dua Negara Handalan Timur Tengah

Malaysia bakal mengharungi ujian yang cukup hebat apabila bakal berdepan dengan dua pasukan hebat dari Timur Tengah. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal menghadapi ujian hebat apabila perlu berdepan cabaran tiga negara bagi aksi Pestabola Merdeka 2024. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan bahawa pertandingan Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan […]

Euro 2024: Penalti Pastikan Portugal Ke Suku Akhir, Padam Kedegilan Slovenia

Portugal mengsahkan tempat ke suku akhir Euro 2024 selepas menewaskan Slovenia menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Portugal mempertaruhkan Cristiano Ronaldo di bahagian serangan manakala Slovenia pula meletakkan kepercayaan kepada Jan Oblak sebagai penjaga gol utama. Perlawanan dimulakan dengan Portugal mendominasi perlawanan menerusi hantaran-hantaran yang tepat. Ronaldo mempunyai […]

Euro 2024: Gol Sendiri Belgium ‘Hantar’ Perancis Ke Suku Akhir

Naib juara edisi 2016, Perancis menepati ramalan untuk mara ke suku akhir Euro 2024 setelah dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Belgium dalam aksi yang penuh dengan sengit. Perancis yang mara ke pusingan kalah mati sebagai naib juara kumpulan D dijadualkan bertemu satu lagi pasukan pilihan ramai, Belgium yang juga merupakan naib juara bagi kumpulan E. […]

Skuad Muda Indonesia Terkulai, Tunduk Kepada Australia

Skuad B-16 Australia layak ke pentas final dalam kempen ASEAN U16 Boys Championship selepas berjaya menewaskan Indonesia. Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-2. Indonesia berjaya membuka akaun jaringan seawal minit ketiga permainan menerusi Zahabi Gholy selepas menerima hantaran daripada rakan sepasukan. Pada minit ke-24 permainan, Australia kembali menyamakan kedudukan sebelum terus mendahului Indonesia […]

Stadium Shah Alam Mula Dirobohkan

Kerja-kerja untuk merobohkan Stadium Shah Alam bagi tujuan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sudah pun dimulakan. Menerusi beberapa laporan terkini, kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam akhirnya bermula selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sebelum ini, tular mengenai proses perobohan yang tertangguh susulan tidak mendapat kelulusan daripada pihak majlis […]