Tonggak Selangor, Muhammad Abu Khalil Sertai FC Osaka

Pemain muda Selangor FC, Muhammad Abu Khalil secara sah sertai sebuah kelab di Jepun, FC Osaka. Muhammad sertai FC Osaka secara pinjaman selepas pengurusan Merah Kuning bersetuju untuk meminjamkan pemain muda tersebut untuk beraksi bersama FC Osaka dalam saingan JLeague 3. Pemain tengah berbakat ini pada 24 Jun hingga 2 Julai lalu telah terbang ke […]

Turki Hilang Khidmat Ayam Tambatan Berdepan Belanda

Pertahanan kental Turki, Merih Demiral terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di pusingan suku akhir saingan Euro 2024.  Pemain berusia 26 tahun itu didenda untuk tidak dibenarkan beraksi sebanyak dua perlawanan susulan gaya beliau meraikan jaringan bagi aksi pusingan kalah mati tempoh hari. Menurut laporan, Merih Demiral dikenakan hukuman oleh UEFA kerana membuat isyarat berbentuk serigala […]

Copa America: Messi Buat Hal, Argentina Harapkan Penalti Layak Separuh Akhir

Argentina menghela nafas lega apabila berjaya mara ke separuh akhir Copa America 2024. Kejayaan itu dicapai La Albiceleste dengan mengatasi Ecuador menerusi penentuan sepakan penalti. Argentina berharap dapat mara ke separuh akhir sekaligus mencerahkan peluang bergelar juara buat kali ke-16. Sementara Ecuador pula berharap dapat mencipta kejutan ke atas juara dunia itu. Legenda Argentina, Lionel […]

Senarai Lawan Malaysia Di Piala AFF B-19

Malaysia bakal berdepan cabaran hebat dalam kempen Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres memiliki misi besar untuk meraih kejayaan selepas pasukan Malaysia B-16 hanya berpuas hati mengakhiri cabaran pada peringkat kumpulan. Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memanggil 28 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-19 […]

Piala FA: Kalamullah Tak Mahu Duka Lawan Penang Berulang

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi berharap kenangan pahit disingkirkan Penang FC dalam saingan Piala FA 2023 tidak berulang. Kedah berentap dengan Penang dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2023 pada 8 Mac 2023. Kapten mereka pada ketika itu, Manuel Ott meletakkan Sang Kenari di hadapan pada minit […]

Siaran Langsung Piala FA: JDT vs Malaysian University (Live Streaming)

Pertemuan suku akhir kedua bakal melibatkan aksi antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Malaysian University. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio mahu anak buahnya berwaspada melayan kunjungan kelab Liga A1 Semi Pro itu sungguhpun “Mereka akan bermain secara kompak bagi mengelak gawang dibolosi dan akan tunggu peluang terbaik menerusi serangan balas. “Kami tidak […]

Jerman Guna Cara Unik Elak Diintip Lawan

Tuan rumah EURO 2024, Jerman menggunakan kaedah unik untuk mengelakkan strategi mereka diketahui menjelang aksi suku akhir menentang Sepanyol. Aksi suku akhir menyaksikan Sepanyol dilabel pasukan pilihan berdasarkan prestasi semasa. Ini kerana La Roja telah meraih kemenangan sebanyak empat kali dan hanya dibolosi sekali dalam EURO 2024. Atas sebab itu, pengendali Jerman, Julian Nagelsmann berusaha […]

Piala FA: Rekod Pertemuan Selangor & Kuching City Beri Gambaran Awal

Meskipun ketinggalan 2-1 dari segi kelebihan agregat, Selangor FC masih memiliki kelebihan ke atas lawan mereka, Kuching City untuk aksi suku akhir kedua Piala FA 2024. Merah Kuning terpaksa akur dengan The Cats apabila tewas 2-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Negeri, Kuching pada 29 Jun lalu. Berdasarkan rekod pertemuan semasa, kelebihan masih […]

FAM Jawab Tempoh Kontrak Kim Pan-gon Bersama Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjawab mengenai tempoh kontrak ketua jurulatih, Kim Pan-gon bersama Malaysia. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah mula berkhidmat bersama Harimau Malaya sejak tahun 2022 dan membantu negara layak ke Piala Asia 2023 secara merit. Malaysia juga memperagakan perjuangan hebat dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 sebelum namun tidak cukup […]

Lee Zii Jia Raih ‘Durian Runtuh’ RM300,000

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menerima geran kewangan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Geran kewangan ini merupakan inisiatif sokongan KBS untuk membantu atlet-atlet profesional yang layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Menerusi geran ini, atlet yang terpilih dapat memanfaatkannya untuk kejohanan antarabangsa, kem latihan dan perkhidmatan sokongan. Ini […]

“Kami Datang, Lihat & Takluk. Terima Kasih SSA” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Stadium Shah Alam. Perkara itu dikongsikan oleh baginda menerusi satu hantaran di laman sosial hari ini. Umum mengetahui bahawa Stadium Shah Alam kini dalam proses perobohan selepas hampir beberapa tahun tidak digunakan. Langkah ini sebagai […]

Ramon Machado Bakal Tinggalkan Sabah?

Sabah FC berpotensi kehilangan khidmat peledak berbisa mereka dari Brazil, Ramon Machado. Sejak menyertai Sabah pada 1 Julai 2023, penyerang berusia 33 tahun itu menambah bisa serangan skuad Badak untuk separuh kedua Liga Super dan Piala AFC. Musim 2023 menyaksikan Machado merekodkan 20 penampilan dan 13 gol dalam semua kejohanan. Itu cukup membantu Sabah meraih […]

Jersi Kedah Bakal Dilancarkan Seawal 25 Julai

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka melancarkan jersi baru pasukan itu untuk musim 2024/25 seawal 25 Julai ini. Perkara ini dimaklumkan oleh pemegang saham majoriti pasukan itu, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dalam satu sidang media khas. Daud memaklumkan perkara ini berlaku disebabkan proses pengilangan membabitkan jersi berkenaan dilakukan di luar negara. Beliau […]

Sebuah Syarikat Korporat Bantu Hidupkan Ekonomi Kedah

Khabar gembira buat pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila sebuah syarikat korporat menghulurkan bantuan bagi menangani krisis kewangan kelab. Perkara ini dimaklumkan oleh Pemiliki Majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Daud Bakar ketika sesi sidang media berkenaan pelancaran jersi dan status perekonomian pasukan pada petang Khamis. Menurut beliau, musim […]

Penaja Utama ‘RM10 Juta’ Kedah Bakal Terjawab

Penaja utama pasukan Kedah Darul Aman FC yang bakal memberikan nilai tambah sekitar RM10 Juta bakal terjawab. Perkara ini disahkan oleh Pemilik Saham Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar dalam satu kenyataan mengenai makluman Pelancaran Jersi dan Status Perekonomian KDA FC. Katanya, Sang Kenari Giat menjalankan pencarian untuk mendapatkan penaja utama […]

Atlet Lompat Tinggi Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan

Arena sukan Afrika Selatan dikejutkan dengan berita kematian bekas jaguh lompat tinggi negara itu, Jacques Freitag baru-baru ini. Akhbar Daily Mail melaporkan Freitag, 42, ditemui mati dengan kesan tembakan bersebelahan Tanah Perkuburan Zandfontein di Afrika Selatan. Jurucakap Polis Afrika Selatan, Brigadier Brenda Muridili mengesahkan bekas atlet olahraga Afrika Selatan itu ditembak beberapa kali dengan polis […]