Ganjaran RM5.2 Juta Menanti JDT & Selangor

Dua wakil Malaysia di Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC berpeluang merangkul ganjaran mencecah RM5.2 Juta. Pasukan Harimau Selatan telah mengukuhkan tempat dalam kalangan pasukan terbaik di Asia apabila beraksi di ACLE sebagai wakil tunggal Malaysia. Gergasi Merah kembali beraksi di Asia selepas kali terakhir Selangor beraksi di peringkat Asia ialah pada musim 2015-2016 dalam […]

Bafétimbi Gomis Setuju Tinggalkan Kawasaki Frontale Untuk Ke Thailand

Penyerang berpengalaman Kawasaki Frontale, Bafétimbi Gomis bersetuju untuk meninggalkan pasukan dan berhijrah ke Thailand. Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Jepun, Marc Molla mengenai perancangan pemain berusia 38 tahun itu beraksi di Liga Thailand. Beliau difahamkan menerima tawaran daripada kelab gergasi Thailand, Muangthong United yang tertarik untuk mendapatkan bekas penyerang Al-Hilal ini bagi musim 2024/25. “Kelab […]

Selangor Upah Peguam, Pertimbang Heret Kes Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Pengurusan Selangor FC mempertimbang untuk mengheret kes hukuman mereka yang dijatuhkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Maklumat ini dikongsikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini. Beliau menyatakan skuad The Red Giants telah mengupah peguam dan […]

Liga A1: 4 Pasukan Rancak Kejar Tangga Teratas Liga

Selepas empat perlawanan Liga A1 Semi Pro, empat pasukan bersaing sengit memburu takhta pendahulu liga. KL Rovers FC berada di tampuk pendahulu liga atas kelebihan jaringan meskipun berkongsi 10 mata dengan Bunga Raya Damansara FC (BR Damansara), Imigresen FC dan Melaka FC. Ini selepas anak buah Wan Mustaffa Wan Ismail membelasah Harini FT 6-0 di […]

Malaysian University Pertahan Keputusan Guna 100% Pemain Tempatan

Wakil tunggal Liga A1 Semi Pro, Malaysian University tetap dengan pendirian untuk menggunakan khidmat pemain tempatan secara keseluruhan meskipun berdepan lawan-lawan yang lebih ampuh. Perkara ini ditegaskan oleh ketua jurulatih Malaysian University, Ridzuan Abu Shah yang menganggap beraksi berdepan JDT dalam saingan suku akhir ini perlu diambil sebagai pengalaman berguna buat masa depan pasukan. ”Ini […]

Dua Penyerang Berbeza Profil Dalam Radar Penang

Berikutan isu ketandusan jaringan, Penang FC mengambil langkah drastik dan difahamkan sedang menilai beberapa nama penyerang bagi memperkuat jentera serangan kelab utara tanah air itu. Masalah di bahagian serangan Penang telah bermula sejak awal musim lagi apabila hanya sekadar mencetak satu gol daripada 4 aksi Liga Super dan di saingan Piala Fa yang menyaksikan kelab […]

Kelab Belanda, PEC Zwolle Ambil Khidmat Pengarah Teknikal Selangor

Bekas Pengarah Teknikal Selangor FC, Dennis Bekking kembali ke tanah airnya, Belanda selepas menerima tawaran sebagai Pengarah Akademi PEC Zwolle. Perlantikan ini diumumkan kelab Eredivisie (divisyen bola sepak utama Belanda) itu pada 10 Jun lalu. Bekking berkolaborasi dengan ketua unit pendidikan, Dennis Rosink dalam merencana program akar umbi kelab tersebut. Pengarah teknikal Bluefingers, Gerry Hamstra […]

Liga A1: Kes Nasriq Baharom Akan Dinilai Jawatankuasa Tatatertib FAM

Kes disiplin membabitkan bek tengah Imigresen FC, Nasriq Baharom bakal dinilai oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Raimi Fakri Mohd Fuad kepada media hari ini. Aksi Liga A1 Semi Pro membabitkan Imigresen dan Bunga Raya Damansara (BR Damansara) pada 30 […]

AFL Kagum Saingan Hebat Malaysian University Di Piala FA

Ketua Pegawai Eksekutif (COO) Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad mengakui kagum dengan prestasi yang dipamerkan Malaysian University FT (MUFT) dalam saingan Piala FA 2024. Malaysian University menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan menjadi wakil pertama Liga A1 Semi Pro layak ke suku akhir Piala FA. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan PDRM FC di pusingan […]

Siaran Langsung Piala FA: Sabah vs Terengganu (Live Streaming)

Aksi suku akhir kedua antara Sabah dan juga Terengganu FC mencuri tumpuan. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya memperagakan persembahan cemerlang apabila menundukkan Sabah dengan keputusan 4-0 di laman sendiri. Namun begitu, Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu mengalah awal sambil mahu anak buahnya kembali bangkit di laman sendiri. “Kita tidak boleh putus […]

Siaran Langsung Piala FA: Selangor vs Kuching City (Live Streaming)

Siaran langsung Piala FA 2024 bakal melibatkan pertembungan antara Selangor dan Kuching City. Skuad kendalian Nidzam Jamil mahu bangkit selepas mengalami kekalahan mengejutkan 2-1 di tangan Kuching City di laman lawan. Beliau optimis para pemainnya bersedia untuk melakukan kebangkitan bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. “Saya rasa pemain semua amik pendekatan positif, ini adalah […]

Chelsea Kembali ‘Terliur’ Dapatkan Kaoru Mitoma

Kaoru-Mitoma-Brighton-Hove-Albion

Chelsea berminat untuk menjalankan urusniaga bersama Brighton and Hove Albion apabila salah seorang pemain utama The Seagulls, Kaoru Mitoma sekali lagi menjadi sasaran The Blues. Kelab yang berpangkalan di London itu kini dibimbing oleh jurulatih baharu dari Itali, Enzo Maresca dan sedang rancak dalam urusan jual beli pemain bagi memantapkan pasukan menjelang sepak mula Liga […]

Tenunan Helang Inspirasi Jersi Ketiga Selangor

Naib juara Liga Super 2023, Selangor memperkenal jersi ketiga pasukan dengan beberapa corak dan motif yang mempunyai maksud tersendiri. The Red Giant sebelum ini sudah memiliki dua jersi untuk digunakan di laman sendiri yang berwarna merah sebagai warna dominan beserta belang kuning sementara jersi di tempat lawan pula menggabung warna kuning dan putih. Kini, bersempena […]

“Saya Mahu Jumpa Anda Semua Di Stadium Likas” – Ramon Machado

Penyerang import Sabah, Ramon Machado meluahkan hasratnya untuk berjumpa dengan para penyokong buat kali terakhir di Stadium Likas pada aksi suku akhir kedua Piala FA pada Sabtu. Pada Jumaat, berita mengejutkan diterima peminat Sabah apabila pihak kelab menerusi pengurusnya, Datuk Joh Wid telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan penamatan kontrak Machado atas persetujuan bersama. “Ramon telah […]

Zaquan Adha: Jangan Salah Pilih

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak berharap pengurusan Penang FC bijak memilih penyerang import yang akan memperkuatkan jentera serangan pasukan itu. Keperluan mencari peledak baru untuk skuad Harimau Kumbang timbul apabila pasukan itu gagal meraih jaringan dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 5 Julai […]

Euro 2024: Penalti Bawa Perancis Ke Separuh Akhir, Tewaskan Portugal

XXX terpaksa bekerja keras menewaskan XXX menerusi penentuan sepakan penalti untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir EURO 2024. Kedua-dua pasukan berhasrat untuk mara ke separuh akhir agar dapat menamatkan kemarau kejuaraan EURO masing-masing. Kali terakhir Perancis bergelar juara ialah edisi 2000 dengan Portugal pula menerusi edisi 2016. Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo terus mengetuai cabaran […]