Malaysia Diikat Skuad Muda Kemboja

Skuad B-19 negara diikat pasukan Kemboja dalam satu aksi persahabatan yang dijadual berlangsung hari ini. Skuad kendalian Juan Torres Gorrido melayan kunjungan Kemboja dalam perlawanan secara tertutup di Stadium UITM, Shah Alam. Babak pertama perlawanan menyaksikan Kemboja mendahului Malaysia dengan keputusan 2-1. Seawal minit ketujuh permainan, Kemboja membuka akaun jaringan menerusi Lim Tucca Thong. Sepakan […]

Korea Selatan Tolak Peluang Dapatkan Khidmat Bekas Pembantu Jurgen Klopp

Korea Selatan menolak peluang mendapatkan bekas pembantu Jurgen Klopp di Borussia Dortmund, David Wagner sebagai jurulatih pasukan itu. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan sukan Korea Selatan, Steve Han selepas mengikuti sidang media Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), Lee Lim-saeng baru-baru ini. Jurulatih berusia 52 tahun itu bukan asing dalam kalangan peminat bola […]

Liga A1: Machan FC Rehatkan S. Balachandran Selepas 4 Perlawanan

Pasukan di tangga tercorot Liga A1 Semi Pro, Machan FC mengambil keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih, S. Balachandran berkuatkuasa serta merta. Perkara ini diumumkan sendiri oleh pengerusi kelab, Azizi Fauzi dalam satu kenyataan di laman Facebook Machan FC yang sedia maklum mengenai prestasi kurang memuaskan oleh pasukannya itu dalam saingan Liga A1 Semi Pro. “Pihak […]

Syed Saddiq Disahkan Tak Tamatkan Larian

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disahkan tidak menamatkan larian dalam satu acara di Desaru baru-baru ini. Sebelum ini, Syed Saddiq dalam satu hantaran di media sosialnya memaparkan kejayaannya menamatkan larian di tempat ketiga dalam acara 113 Trialthlon Desaru 2024. Walau bagaimanapun, timbul isu dalam kalangan peserta yang mempertikai keputusan yang […]

Posisi Penyerang Hampir Buatkan Karier Profesional Sikh Izhan Musnah

Penjaga gol Penang FC, Sikh Izhan Nazrel mendedahkan bahawa karier profesionalnya tidak akan sampai ke tahap sekarang jika tidak kerana memilih posisi penjaga gol di saat akhir. Penjaga gol Harimau Malaya itu berkongsi bahawa pada awalnya, beliau bukanlah seorang penjaga gol tetapi posisi utamanya adalah penyerang utama. Namun dek kerana saingan yang hebat di posisi […]

Thailand Bakal Uji Pasukan Piala Dunia 2018

Skuad kebangsaan Thailand bakal beraksi dalam satu perlawanan antarabangsa menentang pasukan yang beraksi di pentas Piala Dunia 2018 iaitu Russia. Thailand yang kini berada di ranking ke-100 dalam Ranking FIFA bakal membuat penampilan menentang pasukan yang berada di ranking ke-33 dunia. Dalam satu ciapan yang dimuat naik wartawan Thailand iaitu Talao, pasukan Thailand kini sedang […]

Kisah Aneh Dua Atlet Miliki Nama & Rupa Paras Yang Sama Tetapi Identiti Berbeza

Ini kisah dua orang atlet yang disahkan tidak mempunyai sebarang pertalian setelah menjalani ujian DNA meskipun memiliki nama dan rupa paras yang sama. Brady Feigl merupakan pemain bola lisut bagi pasukan dari Mexico, Pericos de Puebla di posisi pitcher dengan rambut dan jambang berwarna merah selain memakai cermin mata yang tebal. Sementara itu, seorang lagi […]

Justin Hubner Akan Kembali Ke Wolves Lebih Cepat

Bek Timnas Indonesia, Justin Hubner, disebutkan akan kembali ke Wolverhampton Wanderers atau Wolves lebih cepat usai jarang mendapat kesempatan bermain di Cerezo Osaka. Rumor ini berkembang usai akun Transfermarkt Indonesia di media sosial X, @TMidn_news. Dalam cuitanya, dilaporkan Wolverhampton Wanderers akan menarik Justin Hubner pada Juli ini. Keinginan klub yang biasa disebut Wolves itu menarik […]

Maarten Paes Jadi Bidikan Klub Serie A

Kiper berkebangsaan Indonesia, Maarten Paes, dilaporkan tengah menjadi bidikan salah satu klub kasta teratas Liga Italia (Serie A), Empoli. Dilaporkan oleh juru transfer kenamaan Italia, Gianluca Di Marzio, Maarten Paes menjadi nama teratas yang dibidik oleh Empoli. Saat ini, Empoli tengah membutuhkan kiper baru untuk musim 2024/2025 karena kepergian dua kiper andalannya musim lalu, yakni […]

Safee Sali: Sidang Media Tak Boleh Sediakan Makanan Untuk Yang Ditindas

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali meminta agar menghentikan drama dan diskriminasi dalam bola sepak Malaysia. Beliau dalam satu hantaran di laman sosial memberitahu dan meminta agar pihak berkepentingan tidak melakukan drama untuk memburukkan keadaan. Bekas tonggak KL City ini memuat naik kenyataan peribadinya dan memberitahu bahawa tidak perlu melakukan sidang media untuk menjelaskan masalah […]

LWN: Kelana United Puas ‘Rampas’ 3 Mata Dari Selangor

Naib johan Liga Wanita Nasional (LWN) musim lalu, Kelana United tampak berpuas hati dan lega berjaya meraih mata penuh dengan menewaskan Selangor dalam aksi pembuka tirai Sabtu lalu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan bertenaga menyebabkan kedudukan terikat tanpa jaringan sebelum gol lewat dari Lauren Hoh […]

Khalid Samad: Hari Raya Tak Dapat Gaji, Pemain KL City Masih Bermati-Matian Main

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mendedahkan barisan pemain KL City FC tidak mendapat gaji untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. Kempen Liga Super musim 2024/25 menyaksikan pasukan itu merekodkan satu kemenangan, satu kekalahan dan satu keputusan seri meskipun dibelenggu isu tunggakan gaji. Kemenangan pertama mereka dicapai apabila menewaskan Negeri Sembilan […]

Tindakan Murni Bergson Raih Pujian Warganet

Tindakan murni penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva ketika aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Malaysian University FT tempoh hari dipuji warganet. Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, Bergson dan penjaga gol Malaysian University, Irfan Syafiq telah berlanggar sesama sendiri ketika penyerang dari Brazil itu mahu menyambar hantaran lintang rakan sepasukan. […]

Cerita Sebenar Kes Tunggakan Gaji 7 Bulan Paulo Josue

Cerita sebenar mengenai tunggakan gaji 7 bulan kapten pasukan KL City, Paulo Josue akhirnya terjawab. Perkara ini dinyatakan oleh Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (KLFA), Khalid Abdul Samad dalam satu sesi sidang media di Kuala Kumpur hari ini. Katanya, pihak kelab telah berusaha sebaik mungkin melunaskan tunggakan gaji pemain namun mengakui terdapat kekangan yang […]

MPFL: JDT Tinggal Jauh Kedudukan Selangor

Kedudukan terkini Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) menyaksikan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) jauh meninggalkan pesaing yang lain termasuklah pasukan Selangor. JDT yang dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Shah Alam City pada Ahad lalu berjaya merakamkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam saingan liga untuk berada di tangga pertama. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir […]

Aksi Idaman Vietnam & Thailand Jadi Kenyataan

Hasrat peminat bola sepak Asia Tenggara melihat Vietnam dan Thailand kembali berentap di atas padang menjadi kenyataan. ASEAN Football melaporkan aksi persahabatan antarabangsa membabitkan kedua-dua pasukan itu bakal diadakan di Vietnam pada September ini. Perlawanan persahabatan ini dilihat sebahagian daripada persiapan Thailand dan Vietnam bukan saja untuk kempen ASEAN Championship 2024. Malah, ini dilihat menguji […]