Liga A1: Melaka Dicabar Hebat 4 Pasukan Kejar Kelompok Teratas

Selepas bergelar pendahulu Liga A1 Semi Pro, Melaka FC kini dicabar hebat empat pasukan lain selepas enam perlawanan liga. Empat pasukan yang dimaksudkan ialah Imigresen FC, KL Rovers FC, Bunga Raya Damansara FC (BR Damansara) dan PIB Shah Alam FC. Imigresen giat menghambat Melaka bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas juara liga musim 2023. Selepas […]

Thailand Beri Mimpi Ngeri Buat Skuad Muda Brunei

Aksi kedua kumpulan C Asean U-19 Boys Championship menyaksikan giliran Thailand pula berpesta jaringan ke atas skuad muda Brunei pada Isnin. Setelah tewas besar 0-11 di tangan Malaysia pada Jumaat, satu lagi ujian berat menanti pasukan muda Brunei apabila dijadualkan berdepan Thailand yang berjaya menundukkan Singapura 2-1 dalam aksi pertama lalu. Dua penjaring gol Thailand, […]

Ayah Main Untuk Terengganu, Jiwa Anak Tertinggal Di Selangor

Umum mengetahui, Nor Hakim Hassan sudah berhijrah ke Terengganu FC sejak musim lalu. Namun ramai yang tidak mengetahui, jiwa anak beliau masih ada bersama Selangor FC. Baru-baru ini, telah tular satu video di aplikasi Tiktok yang memaparkan seorang peminat cilik Terengganu sedang menangis ketika menonton perlawanan di antara Terengganu dan Selangor. Peminat cilik itu adalah […]

Nasihat Shahrel Fikri Kepada Yang Mahu Bergelar Pemain Bola Sepak

Penyerang PDRM FC, Shahrel Fikri telah memberikan nasihat berguna kepada sesiapa yang mahu bergelar pemain bola sepak profesional. Nasihat daripada Shahrel itu telah dikongsikan oleh PDRM FC di laman Facebook rasmi kelab tersebut baru-baru ini. Bagi Shahrel, untuk menjadi pemain bola sepak, pengorbanan adalah sangat diperlukan dan mempunyai keinginan untuk berjaya yang tinggi. “Untuk jadi […]

RM1 Juta Menanti Aaron Chia & Wooi Yik Jika Raih Emas Di Olimpik

Habuan besar bernilai RM1 juta bakal diraih Aaron Chia dan Soh Wooi Yik seandainya berjaya membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024. Pasangan nombor satu negara itu akan membawa cabaran Malaysia ke Paris nanti dalam sektor beregu lelaki bersama 4 lagi wakil badminton yang terdiri daripada empat acara yang berbeza. Bagi menyuntik semangat […]

Kebersihan Tempat Duduk Penyokong Terengganu Cetus Kebimbangan

Biarpun Terengganu FC berjaya menewaskan Selangor FC pada separuh akhir pertama Piala FA tempoh hari, namun kebersihan tempat duduk segelintir penyokong Terengganu mencetuskan kebimbangan. Selepas perlawanan tamat, telah tular satu video di laman sosial yang memaparkan keadaan tempat duduk penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Dalam video yang berdurasi 24 saat itu, […]

Nilai Pemain 17 Tahun Barcelona Cecah RM562 Juta

Meskipun baru berusia 17 tahun, penyerang Barcelona, Lamine Yamal sudah memiliki nilai pasaran berjumlah €120 juta (RM562 juta). Perkara ini terjadi disebabkan persembahan cemerlang Yamal bersama Sepanyol semasa kempen EURO 2024 baru-baru ini. Penyerang muda Barca itu menjadi tonggak utama pasukan yang dibimbing Luis de la Fuente untuk menewaskan England di pentas final. Impaknya turut […]

Siaran Langsung AFF B-19: Singapura vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan C AFF B-19 menyaksikan pertemuan Derbi Seberang Tambak di antara Malaysia dan Singapura pada Isnin. Skuad kendalian Juan Torres Garrido kini berada di tahap terbaik setelah membuka tirai kempen kejohanan dengan langkah kanan apabila membelasah Brunei dalam aksi pertama Jumaat lalu. Penyerang JDT IV, Abid Safaraz meledak hatrik pada aksi tersebut […]

Jovan Motika Teruja Cetak Gol Sulung Buat KL City

Pemain sayap KL City FC, Jovan Motika mengakui merasa teruja kerana mencipta gol sulungnya bersama pasukan Lembah Klang itu. Nama pemain sayap berusia 25 tahun itu menjadi sebutan penyokong The City Boys apabila meledakkan gol kemenangan semasa menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super pada 14 Julai lalu. Gol itu bukan saja gol pertama Motika […]

Pau Marti Sedih Dengan Pemergian Kim Pan-gon

Pemangku jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui sedih melihat Kim Pan-gon meninggalkan pasukan itu. Jurulatih Korea Selatan itu mencipta kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Harimau Malaya pada 16 Julai lalu. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya. FAM bersetuju untuk memendekkan tempoh kontrak jurulatih berusia 55 tahun […]

Hamidin Terkilan Dengan Kim Pan-gon

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin terkilan dengan keputusan Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memutuskan untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya selepas hampir dua tahun 6 bulan mengemudi pasukan. Hamidin sempat merakamkan ucapan penghargaan tertinggi kepada Pan-gon sepanjang perkhidmatannya. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pan Gon kerana sepanjang dua […]

India Tak ‘Layan’ Park Hang-seo

India dikesan tidak melayan permohonan jurulatih terkemuka Asia, Park Hang-seo. Pengendali berpengalaman itu kini tidak melatih mana-mana pasukan setelah meninggalkan posisinya bersama Vietnam setahun yang lalu. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dimaklumkan telah menghantar permohonan untuk melatih pasukan kebangsaan India setelah pemergian pengendali, Igor Stimac. Beliau dicanang hebat untuk melatih India tatkala pasukan itu mengalami […]

Adib Raop Tidak Gentar Dengan Cabaran Selangor

Pemain pertahanan Penang FC, Adib Raop tidak gentar dengan cabaran pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC menjelang aksi terbaru Liga Super. Musim 2024/25 menyaksikan Penang merekodkan prestasi baik dalam liga dengan hanya merekodkan satu kekalahan dalam lima perlawanan liga. Selain merekodkan kemenangan pertama ke atas Perak FC pada 13 Julai lalu, Harimau Kumbang juga tidak […]

Borussia Dortmund Jadi Mangsa Belasahan BG Pathum

Kelab Thai League 1, BG Pathum United mencipta kejutan dengan menewaskan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund dalam aksi persahabatan pra-musim 2024/25. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada jelajah pra-musim BVB sempena ulang tahun penubuhan kelab ke-114. Meskipun berstatus pasukan gergasi, Chanathip Songkrasin melaungkan amaran bahawa The Rabbits bersedia mencabar Dortmund. Pemain tengah Jerman, Julian Brandt diberi […]

Skuad Muda Laos Bangkit Halang Kemenangan Myanmar

Skuad muda Myanmar terus kemarau kemenangan dalam kejohanan AFF bawah 19 tahun apabila seri menentang pasukan Laos bagi aksi kedua kumpulan B. Myanmar turun untuk memburu kemenangan pertama dalam kejohanan ini setelah pasukan itu seri 1-1 sewaktu menentang Vietnam dalam aksi pertama peringkat kumpulan. Laos pula tewas besar dengan jaringan 6-0 kepada pasukan Australia sekaligus […]

Kim Pan-gon Akui Sukar Tinggalkan Malaysia

Bekas pengendali skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mengakui keputusan meninggalkan pasukan itu sebagai satu keputusan yang sukar. Pada 16 Julai lalu, jurulatih Korea Selatan itu mencipta kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya. Keputusan itu diumumkan dalam satu sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya. Keputusan Pan-gon itu mengejutkan ramai pihak terutama pemain-pemain […]