Ranking BWF: 3 Wakil Malaysia Catat Peningkatan Mendadak

Tiga wakil Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak dalam carta ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ini. Menerusi kemas kini ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Shuttlehard menyaksikan kedudukan tiga beregu lelaki utama negara melonjak berbanding minggu lalu. Beregu yang mencatatkan peningkatan ranking itu adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan Choong Hoon Jian-Haikal […]

Sabah Kecundang Di Tangan Barisan Muda Kedah

Sabah FC II terus buntu mencari kemenangan dalam Piala MFL musim 2024/25 apabila pasukan itu tewas lagi buat kali ketujuh. Kali ini, skuad Badak yang dibimbing Alto Linus tumbang lagi di tangan pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B di Stadium Likas. Kedah B ingin meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Terengganu […]

Sabah Buru Penyerang Berprofil Tinggi

Sabah difahamkan mahu memburu penyerang berprofil tinggi menjelang pintu perpindahan kedua tidak lama lagi. Setelah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang berbisa, Ramon Machado bulan lalu, jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee berhasrat untuk mencari pengganti tidak lama lagi. Menurut beliau, krisis di jentera serangan The Rhinos kini semakin meruncing dengan ketiadaan Ramon dan dua […]

Olimpik Paris: Tang Jie-Ee Wei Melangkah Ke Suku Akhir, Kejutkan Regu Kedua Dunia

Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 sebagai juara Kumpulan D. Kejayaan ini dicapai apabila mereka melakar kejutan ke atas regu kedua dunia dari China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping dalam aksi terakhir kumpulan. Kedua-dua regu sebelum ini mengesahkan kemaraan ke suku […]

JDT Cipta Kebanggaan, Kini Kelab Ke-9 Terbaik Di Asia

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kebanggaan apabila menjadi kelab ke-9 terbaik di Asia ketika ini. Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan momentum cemerlang apabila mencatatkan rekod bersih 100 peratus kemenangan musim ini. Skuad Harimau Selatan terus mengukuhkan langkah selaku antara kuasa besar rantau ini apabila menembusi kelompok 10 kelab terbaik di Asia. Kemas kini terbaru […]

Australia Raih Tempat Ke-3, Atasi Skuad Muda Malaysia

Aksi Piala AFF B-19 menyaksikan Australia meraih kemenangan ke atas skuad muda Malaysia. Skuad kendalian Juan Torres mahu menebus kehampaan selepas ditundukkan Indonesia pada aksi separuh akhir tempoh hari. Jentera pertahanan skuad muda negara diuji hebat dalam 20 minit pertama permainan oleh Australia. Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain sayap lincah, Marcus Younis menewaskan […]

Terengganu Pertimbang Wujudkan Kawasan Khas Wanita Di Stadium

Terengganu mempertimbangkan keputusan bagi mewujudkan kawasan khas untuk wanita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Inisiatif ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim susulan luahan mengenai isu percampuran penonton antara lelaki dan wanita minggu lalu. “Sewaktu perlawanan bola sepak antara Terengganu FC vs Selangor FC sempena Separuh […]

Terengganu Sedia Tambah Baik 3 Kemudahan Buat Penyokong Di SSMZA

Pengurusan Terengganu FC bersedia menambah baik beberapa kemudahan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim. Ini selepas beliau telah mendengar maklum balas penyokong tentang kemudahan SSMZA semasa aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024. Aksi tersebut menyaksikan Terengganu meraih […]

4 Bekas Penyerang Berbisa Liga Super Kini Tiada Kelab

Empat bekas penyerang berbisa Liga Super Malaysia kini difahamkan telah meninggalkan kelab masing-masing dan bergelar ejen bebas. Ada di antaranya baru sahaja meninggalkan kelab pada awal bulan Julai 2024 selepas kontrak sedia ada tamat. 1. Ayron Del Valle Bekas pemenang kasut emas Liga Super 2023 ini telah mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Selangor FC […]

Christian Abad Pernah Dilabel Penjaga Gol Masa Hadapan Di Sepanyol

Pemain baharu JDT, Christian Abad Amat dilabel sebagai penjaga gol masa hadapan di Sepanyol. Christian Abad melengkapkan perpindahannya ke JDT menerusi satu hantaran video pengenalan yang dimuat naik oleh skuad Harimau Selatan di media sosial. Nama pemain muda berusia 18 tahun itu terus meletup dan menarik minat ramai peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih […]

Syed Yazid Kini Pengarah Tunggal KL City

Syed Yazid Syed Omar sah bergelar pengarah tunggal syarikat yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal KL City FC, KL United FC Sdn Bhd. Perkara ini dinyatakan pengurusan The City Boys menerusi satu pengumuman yang disiarkan di platform rasmi mereka. Keadaan ini berlaku selepas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad melepaskan jawatannya sebagai […]

Penyokong Tertanya-Tanya Maksud Sebenar Poster PDRM vs JDT

Penyokong mula tertanya mengenai maksud sebenar tentang poster perlawanan Liga Super antara PDRM dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Aksi ke-7 Liga Super musim 2024/25 bakal melibatkan pertembungan antara PDRM dan juga skuad Harimau Selatan di Stadium Selayang. Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada poster yang dikeluarkan oleh laman PDRM FC yang meraih respon pelbagai daripada […]

Jurang Ranking Lee Zii Jia & Ng Tze Yong Makin Ketara

Jurang ranking yang wujud antara jaguh perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong semakin melebar. Hal ini dilihat menerusi kemas kini terbaru ranking yang disediakan oleh Persekutuan Badminton Sedunia (BWF). Berdasarkan kemas kini terbaru, Zii Jia masih berstatus pemain nombor tujuh dunia dengan 78,816 mata. Sementara dua lagi wakil negara, Tze […]

Penantian Penjaga Gol Baharu JDT Terjawab

Penantian penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun terjawab. Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain yang dimaksudkan itu ialah Christian Abad Amat. Penjaga gawang muda itu menjadi tonggak ketiga yang menyertai skuad Harimau Selatan daripada kelab Sepanyol, Elche CF. Sebelum ini, JDT telah pun mengumumkan ketibaan dua tonggak baharu iaitu Park […]

Jurulatih Korea Selatan Bakal Ikut Teladan Kim Pan-gon

Jurulatih baru Korea Selatan, Hong Myung-bo bakal mengikut teladan yang dipamerkan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Ini selepas legenda Korea Selatan itu bakal membawa beberapa staf kejurulatihan dari Eropah bagi membantunya mengendalikan pasukan gergasi Asia itu. Myung-bo dilihat mengikut jejak langkah Pan-gon yang memilih pendekatan sama semasa bergelar jurulatih Harimau Malaya dari 2022 hingga […]

Impak Ibrahim Manusi Kagumkan Zaquan Adha

Persembahan cemerlang yang ditampilkan pemain muda Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi mendapat pujian bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak. Susulan kekalahan 2-0 di tangan Negeri Sembilan FC pada 13 Julai lalu, pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad melakukan perubahan dalam kesebelasan utama untuk aksi menentang KL City FC. Antara pemain yang diberi peluang oleh Fandi […]