Laos vs Malaysia, Siapa Bakal Menang?

Malaysia bakal berdepan Laos untuk aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA November ini. Aksi ini bakal berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November di Stadium Port Authority of Thailand (PAT). Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak aksi peringkat kumpulan ASEAN Championship 2022. Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memanggil 26 pemain untuk aksi ini […]
Aksi JDT vs Lion City Sailors Berlaku Sekali Lagi

Aksi antara dua pasukan jiran, Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Lion City Sailors berlaku sekali lagi. Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentuk cemerlang terutamanya selepas menundukkan Perak dengan keputusan 5-0. Ujian pemanas badan menanti pasukan Harimau Selatan apabila bakal melayan kunjungan Lion City Sailors di Stadium Sultan Ibrahim. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 16 November […]
Eddy Israfilov Dalam Kesebelasan Terbaik ACLE Minggu 4

Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Eddy Israfilov tersenarai dalam kesebelasan terbaik saingan AFC Champions League Elite (ACLE) bagi minggu ke-4. JDT turun melayani kunjungan juara K-League, Ulsan HD bagi aksi minggu keempat ACLE di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu. Hector Bidoglio menampilkan kesebelasan utama terbaik diketuai oleh pemain tengah, Natxo Insa sambil Eddy Israfilov diberi […]
Penyokong Kelantan Cadang Satu Nama Kepada Pau Marti

Penyokong Kelantan mencadangkan satu nama kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente. Pasukan kebangsaan kali ini tampil dengan beberapa muka baharu yang dipanggil bagi membawa cabaran negara berdepan Laos dan India. Tumpuan peminat Kelantan terarah apabila pengendali kelahiran Sepanyol itu membuat keputusan untuk memanggil pemain sayap lincah Kelantan DN, Fazrul Amir. Tonggak berusia 24 […]
Aura Dion Cools Suntik Keyakinan Harimau Malaya

Kehadiran semula Dion Cools menyuntik semangat Harimau Malaya untuk dua aksi persahabatan antarabangsa pada November ini. Sebelum ini, pemain pertahanan berusia 28 tahun itu terpaksa melupakan hasrat menyertai skuad negara di New Zealand pada Oktober lalu. Ini disebabkan Cools perlu menyelesaikan komitmen peribadi pada ketika itu. Situasi itu mendorong pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente […]
JDT Ubati Kesedihan Hector Bidoglio

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menganggap kemenangan besar 5-0 mengatasi Perak FC dalam saingan Liga Super tempoh hari sebagai hadiah buat dirinya yang kini di dalam kesedihan. Sebagai info, Bidoglio baru sahaja kehilangan ibu tersayang pada Ahad susulan penyakit kanser yang dihidapi ibunya itu. Pengendali dari Argentina itu juga sempat menitipkan ucapan penuh […]
Kedah Bakal Terima Dua Ahli Lembaga Pengarah Baharu

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menerima dua figura sebagai ahli lembaga pengarah pasukan yang baru. Perubahan ini merupakan sebahagian daripada perubahan struktur organisasi yang diumumkan pemegang saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr Daud Bakar. Walau bagaimanapun, identiti dua ahli lembaga pengarah baru pasukan itu tidak didedahkan. Daud memaklumkan pelantikan dua ahli lembaga pengarah […]
Amri Yahyah ‘Pulang’ Beraksi Di Sabah

Lagenda bola sepak Malaysia, Amri Yahyah bakal pulang beraksi di Sabah. Undian Piala Malaysia 2024 itu menyaksikan tonggak berusia 43 tahun itu masih meneruskan langkahnya dalam kancah bola sepak di Malaysia. Beliau kini beraksi bersama kelab Liga A1 Semi Pro bersama PT Antlers dan bakal menghangatkan saingan Piala Malaysia kali ini. Berdasarkan undian yang dijalankan […]
Melaka Janji Cabar Terengganu Habis-Habisan

Pendahulu Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC berazam untuk memberi cabaran kepada naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC. Hasrat ini dinyatakan presiden kelab itu, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad selepas undian pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2024/25. Melaka membawa cabaran Liga A1 Semi-Pro bersama KL Rovers FC dan PT Athletic FC (kini PT Antlers […]
FAM Puji Prestasi Membanggakan Futsal Malaysia

Skuad futsal kebangsaan menerima pujian oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah berjuang di AFF Futsal Championship yang lalu. Pada kejohanan yang berlangsung di Thailand itu, pasukan negara mengakhiri cabaran di peringkat kumpulan setelah berada di kedudukan ketiga kumpulan A dengan enam mata. Anak didik Rakhpol Sainetngam bermula baik apabila tampil cemerlang membelasah Brunei 11-0 […]
Jurulatih India Anggap Malaysia Lawan Yang Serupa

Jurulatih skuad kebangsaan India, Manolo Marquez melihat pasukan Malaysia merupakan lawan yang kini berdepan misi yang serupa. India dan Malaysia bakal berentap dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Jendela Antarabangsa FIFA bulan November ini dengan kedua-dua negara ketika ini berada dalam keadaan yang sama. Pasukan India kini berada di ranking ke-125 dunia sementara skuad Harimau […]
Sony Norde Bakal Ke Liga 1 Indonesia

Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde bakal berkelana ke Indonesia pada Disember ini. Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pemain sayap Haiti berusia 35 tahun itu bakal menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Malut United. Berita ini sekaligus menamatkan tempoh empat tahun Norde mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2020. […]
Mees Hilgers Dihujat Netizen: Gak Niat Bela Timnas Indonesia

Bek FC Twente, Mees Hilgers, dihujat netizen setelah dilaporkan tidak terbang ke Indonesia untuk membela skuat Garuda melawan Jepang dan Arab Saudi. Dilansir dari Twenteinsite, Mees Hilgers akan istirahat penuh pasca cedera hamstring yang didapatnya dalam laga melawan Willem II pada beberapa lalu. “Hilgers tidak pergi ke Indonesia dan berfokus pada pemulihan penuh,” tulis Twenteinsite. […]
Benjamin Mora Tinggalkan York United, Pulang Ke Malaysia?

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak lagi bersama kelab Kanada, York United. Hal ini selepas pengendali muda itu telah mencapai persetujuan untuk meninggalkan kelab Canadian Premier League (CPL) itu pada akhir musim 2024. Keputusan ini diumumkan York United di laman sesawang rasmi mereka. “Kami berterima kasih kepada Benjamin atas semua perkara yang […]
Harimau Malaya Tukar 3 Pemain Hadapi Laos

Harimau Malaya melakukan percaturan baharu apabila menukar tiga pemain berdepan Laos. Skuad kendalian Pau Marti beraksi dengan begitu baik apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Usaha mengekalkan momentum itu tidak berjaya apabila tunduk 4-0 di tangan New Zealand bagi satu aksi persahabatan Tier 1 FIFA. Dua lagi aksi menanti […]
MakanBola Lancar Segmen Baru: MakanBola United

MakanBola hari ini memperkenalkan segmen baru yang diberi nama MakanBola United yang mengkhususkan isi kandungan khusus untuk penggemar Manchester United di Malaysia. Setelah terseksa dengan prestasi teruk sejak sekian lama, kebangkitan era baru Manchester United di bawah kepimpinan Ruud van Nistelrooy dan kini di bawah Ruben Amorim, segmen baru ini akhirnya diperkenalkan. “Kami sudah lama […]