KL City Mahu Kembali Daki Carta Liga

Pengendali KL City FC, Miroslav Kuljanac mahu pasukan itu kembali mendaki carta liga selepas berada dalam kelompok terbawah ketika ini. The City Boys berdepan situasi ini selepas dikenakan hukuman potongan enam mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Ini susulan kelab itu membuat deklarasi tidak tepat berkenaan maklumat lesen mereka. Situasi KL City tidak dibantu […]

P. Maniam: Semangat Pemain PDRM Membara Setelah Ikat JDT

PDRM semakin meraih momentum positif dalam saingan Liga Super setelah merekodkan 4 mata dalam 2 perlawanan terakhir liga. Anak buah kendalian P. Maniam berjaya mengikat gergasi Liga Super, JDT pada 31 Julai lalu dan seterusnya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 untuk mengutip 3 mata penting. Aksi di laman sendiri menentang KL City kini menjadi fokus ketua […]

Negeri Sembilan Buat Rombakan Kejurulatihan

Susulan prestasi buruk yang membelenggu Negeri Sembilan FC sejak dari awal musim 2024/25, pengurusan pasukan itu melakukan rombakan ke atas struktur kejurulatihan. Tujuh aksi awal Liga Super menyaksikan skuad Rusa hanya merekodkan satu kemenangan dan enam kekalahan. Ini termasuk kekalahan terbaru 2-1 di tangan PDRM FC. Selain itu, Negeri Sembilan turut disingkirkan daripada saingan Piala […]

Final Piala FA: PDRM Kerah Lebih 2000 Anggota Bagi Aksi JDT vs Selangor

Aksi final Piala FA 2024 yang menemukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC bakal menyaksikan kehadiran 2,000 anggota polis. Perkara ini didedahkan dalam kunjungan hormat delegasi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) diketuai Presiden, Dato’ Ab Ghani Hassan ke atas Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Rusdi Mohd Isa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen […]

Mauricio Pochettino Bakal Kendali Amerika Syarikat

Bekas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino bakal mewarnai arena bola sepak antarabangsa apabila dilaporkan bakal melatih Amerika Syarikat. Sebelum ini, pengurus berdarah Argentina itu dipecat The Blues meskipun membimbing pasukan itu meraih kedudukan keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas. Susulan itu, pengurusan Chelsea diketuai pemilik mereka dari Amerika Syarikat, Todd Boehly mengeluarkan pampasan sebanyak […]

John Beasley Sedia Bantu Jika Azizulhasni Mahu Kembali Beraksi

Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley bersedia membantu sekiranya Azizulhasni mahu kembali turun beraksi di velodrom. Azizulhasni sebelum ini mengumumkan bahawa Olimpik Paris 2024 bakal menjadi temasya yang ke-5 dan terakhir buat beliau yang kini sudah menginjak ke usia 36 tahun. Oleh itu, pelumba negara ini mahu menutup karier beliau dengan menghadiahkan pingat […]

Liga Super: Kedah Dominasi Rekod Berdepan Negeri Sembilan

Menjelang aksi terbaru Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Negeri Sembilan FC, kelebihan tampak memihak pasukan utara tanah air itu. Ini berdasarkan rekod pertemuan lalu membabitkan kedua-dua pasukan dalam 10 perlawanan. Mengikut rekod, Kedah berjaya menewaskan skuad Rusa sebanyak enam kali, dua kali seri dan hanya tewas dua kali. Dua kekalahan […]

Pemain Bola Sepak Acu Kerambit Suspek Baling Bom

Seorang pemain amatur yang ditahan baru-baru ini kerana mengacukan kerambit dalam satu perlawanan bola sepak juga merupakan suspek baling bom petrol di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu. Sebelum ini, warga maya dikejutkan dengan tindakan seorang pemain amatur yang menggunakan kerambit dalam pergaduhan di KLFA Football Centre pada 4 Ogos lalu. Sebaik imej pemain berkenaan dimuat […]

Penyerang Colombia Hampiri Liga Malaysia, Tebus Kontrak RM2.4 Juta?

Seorang penyerang Colombia kini dikatakan menghampiri perpindahan ke Liga Malaysia dengan tebusan kontrak RM2.4 Juta. Laporan daripada wartawan Croatia, Ivica Medo memaklumkan bahawa penyerang berusia 27 tahun iaitu Jorge Obregón bakal membawa diri ke Malaysia. Beliau memberitahu bahawa bekas penyerang Colombia B-20 itu telah digantung perlawanan kerana enggan turun berlatih. “Obregon digantung perlawanan dengan Lokomotiv, dan […]

Negeri Sembilan Bertandang Ke Kedah Tanpa Azzmi Aziz

Pengendali Negeri Sembilan, Azzmi Aziz tidak akan bersama pasukannya apabila bertandang ke Kedah bagi aksi Liga Super pada Sabtu. Negeri Sembilan kini menduduki tangga ke-12 liga setelah mengutip hanya 3 mata hasil satu kemenangan dan enam kekalahan daripada tujuh perlawanan selain tersingkir awal dari saingan Piala FA. Terbaharu, sang Rusa tunduk 1-2 di laman sendiri […]

Filipina Resah Hadapi Harimau Malaya

Filipina berada dalam keadaan yang kurang meyakinkan bagi menghadapi tentangan Harimau Malaya. Kedua-dua pasukan bakal bertemu bagi aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bulan hadapan. Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Lubnan menentang juara bertahan, Tajikistan pada hari yang sama. Persiapan The Azkals bagaimanapun tidak berlangsung dengan begitu […]

Saham Bintang Perak Pernah Cecah RM22 Juta

Saham bintang Perak FC pernah mencecah sehingga RM22 Juta. Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang berbisa The Rhinos, Clayton Da Silva yang kini menjadi tunjang utama pasukan. Pemain berusia 28 tahun itu menyertai skuad kendalian Yusri Che Lah bagi musim 2024/25 dan sudah melakukan 6 penampilan. Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, bekas pemain Vasco Da […]

Jordy Wehrmann: Kulit Saya Putih, Tapi Saya Indonesia

Pemain keturunan yang membela Madura United, Jordy Wehrmann, membeberkan alasannya menolak Indonesia dan kini malah bermain di Liga 1. Mengutip dari laman resmi PT Liga Indonesia (PT LIB), Jordy Wehrmann mengaku alasannya menolak Indonesia karena dirinya tengah dalam proses perpindahan klub. Sebagai informasi, pemain yang kini berusia 25 tahun itu pernah didekati PSSI. Tapi ia […]

Bruno Fernandes Kekal Berbakti Buat Ten Hag Lebih Lama

Selepas membawa masuk Mathijs de Ligt dan Noussair Mazraoui, Manchester United pantas memeterai kontrak baru dengan kapten, Bruno Fernandes. Ini selepas The Red Devils mengumumkan pemain tengah menyerang berusia 29 tahun itu telah memeterai kontrak baru sehingga tahun 2027. Kelab juga memiliki pilihan untuk mengaktifkan klausa lanjutan kontrak selama setahun buat Fernandes. “Bruno Fernandes telah […]

Pemain Kedah Ditekan Masalah

Barisan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini sedang menghadapi masalah yang menekan mereka di luar padang. Perkara tersebut disuarakan oleh pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu kenyataan rasmi di laman Facebook KDA FC baru-baru ini. Biarpun menghadapi masalah di luar padang barisan pemain Kedah tetap berjuang habis-habisan […]

Kylian Mbappe Wira Real Madrid, Cipta 3 Rekod Baru

Bintang Perancis, Kylian Mbappe mencipta tiga rekod tersendiri apabila membantu Real Madrid menewaskan Atalanta dalam aksi Piala Super UEFA awal pagi ini. Mbappe diberi kepercayaan oleh pengendali Los Blancos, Carlo Ancelotti untuk mengetuai jentera serangan pasukan itu. Sementara Rodrygo dan Vinicius Junior pula beraksi di bahagian sayap. Meskipun ini perlawanan pertama rasminya sebgaai pemain Real […]