Shopee Cup: Chanathip Songkrasin Laung Amaran Awal

Bintang BG Pathum United, Chanathip Songkrasin laung amaran awal menjelang aksi Shopee Cup 2024 yang akan berlangsung esok.  Pemain kebangsaan Thailand itu yakin pasukannya mampu menjulang trofi yang julung kalinya diadakan di Asia Tenggara. BG Pathum United antara dua wakil kelab dari Thailand yang akan bersaingan dalam Shopee Cup edisi kali ini. “Saya berasa sangat teruja […]

SUKMA: Melaka Kejutkan Perak

Hasrat Perak mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada Melaka di peringkat suku akhir. Kedua-dua pasukan masing-masing mengidam tiket ke separuh akhir. Ini selepas Perak dan Melaka mara selaku juara Kumpulan D dan naib juara Kumpulan C. Separuh masa pertama menyaksikan Perak berusaha menggugat gawang […]

Sabah Umum Pengganti Ramon Machado, Kontrak 9 Bulan

Pasukan Liga Super, Sabah FC telah mengumumkan pengganti Ramon Machado. The Rhinos sebelum ini sudah pun menyatakan hasrat untuk membawa masuk muka baharu setelah pemergian Machado ke Azerbaijan. Usaha itu akhirnya berjaya menemui titik noktah apabila kelab mengumumkan ketibaan penyerang sensasi Brazil, Joao Pedro. Pemain berusia 24 tahun itu sah memjadi tonggak baharu Sabah FC […]

SUKMA: Senarai Aksi Sengit Futsal Separuh Akhir

Ini merupakan senarai aksi sengit yang bakal berlangsung di peringkat separuh akhir acara futsal bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Empat semi finalis telah menempah tiket di separuh akhir dengan tuan rumah, Sarawak mengetuai senarai selain Perak, Pulau Pinang dan juga pasukan pilihan ramai, Selangor. Di peringkat suku akhir pada Isnin, berlaku kejutan apabila Perak […]

Kelantan Bakal Berubah Wajah

Skuad Kelantan dijangka bakal berubah wajah menjelang jendela perpindahan kedua musim ini. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Presiden Kelantan Darul Naim, Rozi Muhamad mengenai usaha gigih pihak pengurusan yang bertindak untuk memperbaiki skuad Liga Super. Menerusi satu kenyataan pada majlis santai meraikan penaja dan wakil penyokong di restoran Nasi Lemak Kopi O di Kota Bharu, […]

PSM Makassar Tagih Sokongan Penyokong Demi Nama Indonesia

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares mengharapkan sokongan penyokong bagi aksi pertama pasukan itu dalam Shopee Cup menentang BG Pathum United pada Rabu 21 Ogos. Sokongan daripada penyokong amat ditagih Tavares memandangkan PSM Makassar bukan sahaja membawa nama kelab malah turut membawa nama Indonesia. “Saya berharap penyokong dapat turun ke stadium untuk menyokong kita kerana kita […]

Japan Open: Pemain No. 29 Dunia Singkirkan Lee Zii Jia

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia tersingkir daripada saingan Japan Open 2024 apabila tewas mengejut kepada wakil Perancis, Alex Lanier di pusingan pertama. Kejayaan meraih pingat gangsa acara perseorangan lelaki di Paris diharap dapat dimanfaatkan anak jati Alor Setar, Kedah itu untuk tampil lebih cemerlang untuk baki musim 2024. Tampil menentang Lanier […]

Svay Rieng Fokus Kekuatan Taktikal Terengganu

Pengendali Svay Rieng, Jose Munoz mahu memberi fokus kepada kekuatan corak taktikal Terengganu menjelang aksi pembuka tirai kumpulan A Shopee Cup 2024/2025 pada Rabu. Menurut Munoz, para pemainnya kini berada di tahap terbaik setelah mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan liga domestik baru-baru ini. ”Kami memulakan saingan liga Kemboja dengan baik dan kami mengharungi beberapa aksi […]

Terengganu Fikir Panjang Turunkan Akhyar Rashid

Terengganu FC berisiko tidak dapat menurunkan pemain sayap, Akhyar Rashid bagi perlawanan pertama Shopee Cup. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner ketika sesi sidang media pra-perlawanan menentang wakil Kemboja, Svay Rieng. Katanya, skuad Peteh mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan meraih 3 mata untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain. “Persiapan Terengganu […]

Pengalaman Di Asia Bantu KL City Di Shopee Cup

KL City FC bakal memanfaatkan pengalaman beraksi di pentas Piala AFC 2022 untuk membantu pasukan itu mendepani cabaran Shopee Cup. Sebelum ini, ramai peminat bola sepak negara mengetahui reputasi KL City yang berjaya mara ke peringkat final kejohanan dalam tempoh tiga tahun. Final yang dimaksudkan ialah final Piala Malaysia 2021, final Piala AFC 2022 dan […]

Iggy Houben Sedia Sarung Jersi Harimau Malaya

Pemain muda PSV Eindhoven, Iggy Houben telah menyatakan kesediaan beliau untuk menyarung jersi Harimau Malaya jika mendapat peluang tersebut. Iggy yang baru berusia 19 tahun merupakan pemain yang mempunyai darah keturunan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan, Fr Future Talents dalam satu hantaran […]

Liga A1: Kapten Machan Pengsan Ketika Bertemu Gombak

Satu kejadian tak diingini berlaku kepada kapten pasukan, Machan, Arif Azizan yang dilaporkan pengsan setelah aksi Liga A1 Semi Pro bertemu Gombak Ahad lalu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium MP Selayang itu, Gombak terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-24 menerusi gol Isa Raman untuk meletakkan tuan rumah mendahului sehingga rehat. Lima minit setelah […]

Nilai 3 Pemain Harimau Malaya Cecah RM8.5 Juta

Nilai tiga tonggak penting Harimau Malaya kini mencecah RM8.5 Juta. Skuad kendalian Pau Marti Vicente bakal beraksi dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024 di Bukit Jalil pada 4 September hadapan. Malaysia bakal ditentang oleh pasukan ke-147 dunia, Filipina pada aksi separuh akhir sebelum ke penentuan tempat ketiga atau final pada 8 September. Tiga tonggak penting Harimau […]

Bekas Pemain Terengganu Kembali Dengan Misi Berbeza

Pemain tengah Kemboja, Thierry Bin kembali ke pasukan lamanya, Terengganu dengan misi berbeza. Ini kerana pemain tengah berusia 33 tahun itu mengetuai cabaran juara Cambodian Premier League (CPL), Preah Khan Reach Svay Rieng untuk aksi pertama Kumpulan A Shopee Cup. Bin bukan asing dengan saingan Liga Super kerana pernah mewakili skuad Peteh (2018-2019) dan Perak […]

Penyudah Tajam Kunci Sri Pahang Daki Carta Liga

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan penyudah tajam sebagai kunci buat Sri Pahang FC mendaki carta liga. Pandangan ini dinyatakan beliau selepas melihat jumlah jaringan yang direkodkan pasukan itu dalam liga setakat ini. Berdasarkan statistik liga, Sri Pahang hanya menjaringkan tujuh gol. Jumlah ini meletakkan mereka di belakang lapan pasukan lain termasuk pendahulu liga, […]

Selangor Uji Kekuatan Skuad Muda Kawasaki Frontale

Selangor bakal menguji kekuatan sebenar skuad muda gergasi Jepun, Kawasaki Frontale. Perlawanan itu melibatkan skuad Selangor yang kini menyertai Junior World Soccer Challenge U12 2024 di Jepun. Kejohanan ini melibatkan pertembungan 48 pasukan dari serata dunia dalam pertandingan selama 4 hari untuk mencari skuad muda terbaik di dunia. Selangor B-12 berada dalam Kumpulan J bersama-sama […]