Filipina Hilang Sengat

Filipina kehilangan seorang permata di bahagian tengah apabila Stephan Schrock mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak. Keputusan pemain berusia 37 tahun itu dinyatakan menerusi satu hantaran di akaun Instagram baru-baru ini. “Hari ini, saya mengumumkan persaraan saya dari bola sepak profesional. Terima kasih kepada ibu saya yang luar biasa, yang memulakan perjalanan bola sepak ini […]
Siaran Langsung Final Piala FA: JDT vs Selangor (Live Streaming)

Aksi final Piala FA melibatkan pertembungan antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC. Hal ini dinyatakan oleh Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil yang melihat persiapan Gergasi Merah berjalan lancar. “Kita ada impian, cita-cita dan harapan. Esok hari yang baik buat penyokong Selangor. Perlawanan ini bukan untuk saya tetapi pemain dan juga penyokong. “Kita […]
Wan Kuzri Pamer Sengat Bersama Akron Zips

Nama bintang muda Malaysia yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal kembali menjadi sebutan di media sosial baru-baru ini. Ini selepas pemain tengah berusia 22 tahun itu meledakkan gol penyamaan buat pasukan Akron Zips dalam aksi pembukaan ACC Men’s Soccer 2024 pada 22 Ogos lalu. Wan Kuzri kembali beraksi bersama pasukan universitinya, University […]
Piala FA: 10 Fakta Penting Tentang Pertembungan JDT vs Selangor

10 fakta penting hangatkan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor. Skuad kendalian Hector Bidoglio turun dengan motivasi terbaik untuk mengekalkan hatrik Piala FA edisi kali ini. Beberapa perkara menarik mengenai perlawanan berprestij ini telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. JDT sekali lagi berada di final Piala FA selepas menewaskan KL City […]
Piala FA: Selangor Puas Hati Kualiti Padang SNBJ

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui berpuas hati dengan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi final Piala FA 2024. Sebelum ini, isu kualiti padang SNBJ yang teruk pernah menjadi bualan penyokong terutama membabitkan aksi-aksi bola sepak berprofil tinggi. Antara aksi yang terjejas akibat kualiti padang SNBJ yang kurang elok ialah aksi final […]
Tunku Ismail & Anwar Ibrahim Bincang Langkah Kukuhkan Bola Sepak Malaysia

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di istana Johor hari ini. Pertemuan Tunku Ismail dan Anwar dikongsikan menerusi satu hantaran di platform media sosial rasminya. Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya bukan saja membincangkan pelbagai isu semasa termasuk pembangunan ekonomi negeri Johor. Malah, Tunku Ismail turut menyentuh aspek-aspek […]
Piala FA: Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Melanda SNBJ Petang Ini

Perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka bakal dilanda hujan lebat serta ribut petir. JDT dan Selangor bakal berentap di final pada Sabtu bagi merebut kejuaraan Piala FA edisi ke-34 setelah cemerlang menyingkirkan Kedah dan Terengganu di separuh akhir. Walau bagaimanapun, di sebalik kemeriahan aksi kali ini, pakar cuaca meramalkan Bukit […]
Elkan Baggott Gantikan Jordi Amat? Shin Tae-yong: Tidak

Pelatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong, memiliki pendirian kuat. Ia tetap tidak memanggil Elkan Baggott meski sedang mencari pengganti Jordi Amat. Jordi mengalami cedera saat memperkuat Johor Darul Ta’zim (JDT), sehingga Shin Tae-yong perlu mencari bek tengah pengganti. Namun, ketika ditanya apakah Elkan Baggott bakal menggantikan Jordi Amat, Shin Tae-yong menegaskan tidak. Bahkan, masuk untuk pertimbangan […]
Jordan Tagih Khidmat 3 Bintang Selangor

Jordan bakal menggunakan khidmat tiga bintang Selangor FC menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 yang bermula pada September ini. Tiga bintang tersebut ialah Noor Al-Rawabdeh, Reziq Bani Hani dan Ali Olwan. Nama ketiga-tiga pemain Merah Kuning itu tersenarai dalam senarai awal 34 pemain yang dipanggil jurulatih, Jamal Sellami. Noor dan Reziq menjadi penggerak di […]
Tempoh Persiapan Singkat Punca Kaya Iloilo Dihukum KL City

Jurulatih Kaya Iloilo, Yu Hoshide mengakui persiapan singkat antara punca utama prestasi permainan anak buahnya kurang menjadi. Pasukan juara Liga Filipina, Kaya Iloilo dihukum oleh KL City semalam bagi aksi saingan Shopee Cup perlawanan pertama kumpulan B. Namun, jurulatih berusia 47 tahun ini tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan di atas kekalahan tersebut. Beliau juga […]
Park Hang-seo Ke Malaysia

Bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo telah datang ke Malaysia baru-baru ini. Berita ini dilaporkan oleh laman terkemuka Vietnam mengenai perjalanan pengendali berusia 66 tahun itu yang bakal ke Malaysia. Kedatangannya bukanlah bertujuan bola sepak tetapi bakal menerima anugerah di sini pada 22 Ogos lalu. Beliau dijangka bakal menghadiri Majlis Anugerah The BrandLaureate iaitu anugerah […]
Fahmi Fadzil Tawar Diri Calon Presiden KLFA

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjadi individu kedua yang menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA). Perkara itu dinyatakan dalam satu hantaran video di akaun TikTok peribadi miliknya pada 22 Ogos lalu. Fahmi berbuat demikian kerana percaya bukan saja dapat membantu tadbir urus KLFA menjadi lebih baik. Malah, beliau melihat ini […]
Japan Open: Regu No. 3 Dunia Sekat Kecemerlangan Pearly Tan-M. Thinaah

Hajat beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir Japan Open 2024 tidak kesampaian. Ini selepas Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehandalan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 dari China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning. Selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, pencapaian […]
Liga A1: Machan Curi Satu Mata Armed Forces

Armed Forces FC kempunan meraih kemenangan ketiga dalam saingan Liga A1 Semi-Pro apabila sekadar seri dengan wakil Sarawak, Machan FC di Stadium MINDEF. Machan mahu kembali bangkit selepas tewas dua aksi sebelumnya termasuk kepada Gombak FC. Manakala Armed Forces pula memburu kemenangan ketiga liga di gelanggang sendiri. Separuh masa pertama menyaksikan Armed Forces berusaha meraih […]
Tunku Ismail Bincang 3 Agenda Penting Dengan AFC & Qatar FA

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berbincang 3 agenda penting bersama AFC dan juga Qatar FA. Perkara ini dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers mengenai pertemuan yang berlaku antara baginda dan juga YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). […]
SUKMA: Emas Milik Selangor, Sarawak Berputih Mata

Pingat emas acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menjadi milik Selangor setelah menewaskan tuan rumah, Sarawak pada Jumaat. Setelah menumbangkan Pulau Pinang 3-0 di separuh akhir, Selangor turun menentang Sarawak yang diberi sokongan penuh para peminat di venue kejohanan. Kesebelasan utama Selangor diketuai pemain kebangsaan, Syahir Iqbal manakala Sarawak pula menaruh harapan buat Syukimi Farizan […]