Malaysia Bakal Uji Pasukan Muda Uzbekistan?

Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) bakal mengharungi kejohanan antarabangsa pada September ini. ASEAN Football melaporkan Persatuan Bola Sepak China (CFA) bakal menganjurkan CFA Team International Friendly Tournament dari 2 hingga 10 September di Changsha, China. Kejohanan ini bakal menampilkan empat pasukan B-22 iaitu tuan rumah China, Malaysia, Vietnam dan Uzbekistan. Kejohanan ini bukan saja […]

Justin Ganai Kenal Pasti Dua Masalah Utama Sabah Hadapi AWCL

Ketua jurulatih Sabah, Justin Ganai berkongsi 2 isu utama yang menjadi masalah buat pasukan kendaliannya bagi menghadapi aksi kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL). Menurut Justin, skuad bimbingannya sudah memberikan segala yang terbaik meskipun diuji dengan masalah utama menjelang sepak mula perlawanan pertama pada Rabu. ”Persiapan kami bagi kejohanan (kelayakan) ini, kita sudah sedaya upaya […]

Situasi Alex Agyarkwa Resahkan Selangor

Situasi terbaru perancang tengah, Alex Agyarkwa meresahkan kem Selangor FC. Tonggak berusia 24 tahun itu beraksi dalam kesebelasan utama Gergasi Merah pada aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau bagaimanapun tidak dapat meneruskan permainan hingga wisel penamat selepas terpaksa diusung keluar akibat kecederaan. Ketiadaan beliau jelas memberikan kesan kepada jentera tengah Selangor […]

Pakar Nutrisi, Vanesa Rotondi Tinggalkan JDT

Pakar nutrisi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Vanesa Rotondi telah memilih untuk meninggalkan pasukan selepas menjulang Piala FA 2024/25. Individu penting di balik tabir skuad Harimau Selatan itu telah mengesahkan perpisahannya bersama JDT menerusi satu hantaran di laman sosialnya hari ini. Pemilik nama sebenar Vanesa Soledad Rotondi telah menjadi pilihan untuk menggalas tugas yang berkaitan […]

Pau Marti ‘Tak Lupa’ Danial Amier

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente membuktikan bahawa beliau merupakan jurulatih yang sentiasa memantau kemenjadian prestasi pemain dalam saingan Liga Super musim ini. Ianya telah dibuktikan apabila beberapa pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang telah dipanggil ke skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Pestabola Merdeka 2024 bulan hadapan. Namun yang lebih menarik lagi, pemain Kuching City […]

Yazan Al-Naimat Kekal Di Qatar

Hajat penyokong Selangor FC melihat penyerang Jordan, Yazan Al-Naimat menyertai pasukan itu tidak kesampaian. Ini selepas penyerang berusia 25 tahun itu sah menyertai kelab Qatar Stars League (QSL), Al-Arabi beberapa hari yang lalu. Yazan menyertai kelab sebagai ejen bebas selepas dilepaskan kelab lamanya, Al-Ahli SC. “Pengurusan kelab Al-Arabi telah memeterai kontrak dengan Yazan Al-Naimat pada […]

Celoteh Peminat Cilik Selangor Berborak Dengan Arif Aiman Buat Netizen Pecah Perut

Telatah seorang peminat cilik Selangor yang berborak bersama bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman mengundang gelak tawa orang ramai. Satu segmen yang dikendalikan oleh stesen radio, Hot FM, telah menjemput seorang peminat cilik Selangor bernama Sadha ke konti untuk berborak bersama-sama pemain JDT, Arif Aiman. Sebelum ini, adik Sadha telah tular kerana memakai jersi […]

Jendela Perpindahan Kedua Liga Malaysia Telah Dibuka

MFL

Tempoh yang dinantikan pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M) akhirnya tiba pada Isnin. 26 Ogos menyaksikan tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka sehingga 22 September ini. Tempoh ini menyaksikan pasukan-pasukan berpeluang menambah baik kualiti pasukan masing-masing sebelum mengharungi separuh kedua musim 2024/25. Beberapa pasukan sudah mengumumkan penambahan pemain baru untuk didaftarkan semasa tempoh ini. […]

Magis Kim Pan-gon Pastikan Ulsan HD Hampiri Puncak Liga

Magis Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon membantu pasukannya menghampiri kedudukan puncak liga. Ulsan HD sekali lagi bertemu Gwangju tetapi kali ini bagi perlawanan ke-28 K-League di tempat lawan. Jaguh Korea Selatan itu beraksi dengan cukup cemerlang namun hanya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Gwangju hasil gol tunggal Yago Cariello. Kemenangan itu membolehkan Ulsan HD […]

Pelatih Venezia: Jay Idzes Selalu Ingin Meningkat, Saya Menyukainya

Pelatih Venezia, Eusebio Di Francesco, memberikan pujian untuk gaya bermain Jay Idzes yang bisa bermain di berbagai posisi. Bagi eks pemain dan pelatih AS Roma itu, karakter bek Timnas Indonesia itu juga menjadi poin plus karena selalu ingin meningkat. “Dia (Idzes) bisa bermain di berbagai posisi: bek kanan, bek tengah, dan bek kiri. Dia pemain […]

4 Pemain Terengganu Bawa Nama Malaysia

4 pemain Terengganu kini menjadi pilihan utama untuk membawa nama Malaysia. Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti telah mengumumkan barisan 26 pemain Harimau Malaya untuk dibawa ke Pestabola Merdeka 2024. Terdapat beberapa perubahan terutamanya dengan kepulangan 8 pemain utama memberikan tonik tambahan berdepan Filipina pada 4 September ini. Pengendali kelahiran Sepanyol itu membuat keputusan untuk menyenaraikan […]

Tonggak PDRM, Prince Aggreh Sertai Kelab Kuwait

Bekas pemain import PDRM FC, Prince Aggreh sah menyertai kelab Kuwait, Khaitan SC. Sebelum ini, Aggreh tidak lagi bersama The Cops selepas menerima tawaran daripada kelab Timur Tengah berkenaan. Ini mendorong pengurusan PDRM dan pemain sayap berusia 27 tahun itu untuk menamatkan kontrak yang dimeterai secara persetujuan bersama. Keputusan itu menjadikan Aggreh antara bintang import […]

Negeri Sembilan Benam Kelab Indonesia, PSMS Medan

Negeri Sembilan FC meraih suntikan semangat apabila menewaskan kelab Liga 2 Indonesia, PSMS Medan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Tampin. Aksi persahabatan yang diadakan pada 25 Ogos lalu merupakan sebahagian daripada persiapan Ayam Kinantan menghadapi musim baru liga yang bermula pada September ini. Skuad Rusa yang dibimbing K. Nanthakumar menggunakan aksi ini sebagai persiapan untuk […]

Vietnam Bakal Ada Penyerang Naturalisasi Baharu

Skuad kebangsaan Vietnam berpotensi memiliki seorang penyerang naturalisasi baru. VNExpress melaporkan penyerang berbisa Nam Dinh, Rafaelson telah menghantar borang permohonan untuk menjadi warga Vietnam. Ini selepas Jabatan Keadilan Wilayah Nam Dinh telah menghantar laporan permohonan kerakyatan penyerang berusia 27 tahun itu kepada Jawatankuasa Wilayah Rakyat Vietnam. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menilai permohonan kerakyatan yang dikemukakan termasuk […]

Skuad Muda Indonesia Hampakan India

Skuad Indonesia Bawah 17 Tahun (B-17) mengejutkan India dengan meraih kemenangan 3-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan kedua-dua pasukan untuk mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 yang bermula pada Oktober ini. Indonesia yang dibimbing Nova Arianto pantas melancarkan serangan ke arah India sebaik perlawanan bermula. Dan kem […]

EPL: Liverpool Buat Brentford Merana Di Anfield

Minggu kedua saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan Liverpool mencatat kemenangan bergaya ke atas Brentford. Setelah memulakan kempen liga dengan 3 mata, The Reds turun ke laman sendiri bagi melayani kunjungan Brentford yang meraih kemenangan ke atas Crystal Palace minggu lalu. Virgil Van Dijk ditugaskan untuk mengetuai kesebelasan utama Liverpool sementara Brentford mempertaruh […]