Indonesia Pamer Taring Malukan Argentina B-20

Skuad Indonesia Bawah 20 Tahun (B-20) mencipta kejutan dengan memalukan Argentina dalam aksi pertama Seoul On Earth Cup 2024. Seoul On Earth Cup merupakan kejohanan antarabangsa anjuran Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA). Kejohanan ini bertujuan membantu Korea Selatan bersedia menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada September ini. Selain Argentina […]

Man United Belanja RM1.18 Bilion Beli Pemain

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United telah berbelanja sebanyak £205.9 juta (RM1.18 bilion) dalam tetingkap perpindahan musim panas 2024/25. Sky Sports melaporkan angka tersebut dicapai selepas United akhirnya mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain untuk mendapatkan pemain tengah Uruguay, Manuel Ugarte. Ugarte bakal berpindah ke Old Trafford dengan yuran perpindahan £50 juta (RM287 juta). […]

Nik Nazmi & Fahmi Fadzil Tarik Diri Rebut Jawatan Presiden KLFA

Hasrat Nik Nazmi Nik Ahmad dan Fahmi Fadzil untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak kesampaian. Ini selepas kedua-dua figura berkenaan terpaksa menarik diri selepas usaha mereka untuk bertanding jawatan berkenaan tidak mendapat persetujuan Kabinet Malaysia. Perkara ini turut disahkan Nik Nazmi menerusi satu hantaran di platform media sosial rasminya. Beliau […]

Media Australia Puji JDT & Shane Lowry

Media Australia menghamburkan pujian kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Shane Lowry. Skuad Harimau Selatan berjaya meraih hatrik Piala FA dan menjadi satu-satunya pasukan yang mencipta sejarah tersebut. Shane memainkan peranan penting tatkala JDT melakar kemenangan besar 6-0 ke atas Selangor dalam aksi epik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Pemain berusia 35 tahun […]

Thom Haye Dirumorkan Gabung Klub Peserta Liga Champions

Gelandang Timnas Indonesia, Thom Haye, tengah dirumorkan akan bergabung klub peserta Liga Champions, Dinamo Zagreb, jelang penutupan bursa transfer. Rumor ini dihembuskan oleh media Kroasia, HRSport, di mana Thom Haye disebutkan bisa menambah kedalaman skuad Dinamo Zagreb. Apalagi saat ini Dinamo Zagreb disebut tak memiliki kedalaman skuad mumpuni di sektor gelandang bertahan atau gelandang tengah […]

Dua Tenaga Pakar Barcelona Perkasa Harimau Malaya

Dua tenaga pakar terkemuka dunia iaitu Fisio dan juga doktor FC Barcelona kini memperkasakan skuad Harimau Malaya. Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti yang akan bermula pada Khamis, bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2024 bakal mendapat sentuhan dua individu yang pernah berkhidmat bersama kelab terkemuka Sepanyol, FC Barcelona. Individu yang dimaksudkan ialah Edu […]

Luqman Hakim Menjerit Kekecewaan Di Liga J3

Penyerang negara yang kini berkelana ke Jepun, Luqman Hakim Shamsudin dikesan menjerit kekecewaan dalam perlawanan terkini beliau bersama YSCC Yokohama di Liga J3. Pemain berusia 22 tahun itu dimasukkan pada minit ke-70 ketika YSCC ketinggalan 1-4 kepada pasukan tuan rumah, FC Gifu. Luqman mempunyai peluang keemasan untuk meledak gol sulungnya di Jepun pada minit ke-78 […]

Pemain Palestin Hargai Solidariti Dari Selangor & Terengganu

Pemain skuad kebangsaan Palestin, Mohamed Rashid mendedahkan bahawa beliau dan rakan sepasukannya sangat menghargai solidariti yang dilancarkan ke atas negara Palestin terutamanya dari penyokong Selangor FC dan Terengganu FC. Bagi tonggak Persebaya Surabaya itu, solidariti yang dilancarkan ke atas Palestin itu telah mendekatkan mereka dengan negara Malaysia dan menganggap Malaysia seperti home ground mereka sendiri. […]

Neymar Tak ‘Layan’ Barcelona

Penyerang Al-Hilal, Neymar menafikan sekeras-kerasnya khabar angin bahawa beliau akan kembali ke Barcelona. Sebelum ini, portal Globo melaporkan penyerang berusia 32 tahun itu menawarkan diri untuk pulang ke Nou Camp untuk membantu Barcelona. Ini sebahagian daripada usahanya untuk memperkuat pasukan gergasi Sepanyol itu yang terus dibelenggu masalah kewangan. Walau bagaimanapun, usaha Neymar ditolak oleh jurulatih […]

Ng Tze Yong Rehat Panjang

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal buat kejohanan yang berbaki pada tahun ini. Tze Yong yang bergelut dengan kecederaan yang dialami olehnya ketika di Petronas Malaysia Open sekitar Januari lalu telah menjalani beberapa siri pembedahan sebelum ini. Menurut Pakar Perubatan Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Jasmiza Khuzairi, perkembangan positif […]

JDT Belasah Skuad Muda Lion City 5-1

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) Bawah 15 Tahun (B-15) terus memperkukuh kedudukan di persada Singapore Youth League (SYL) dengan membelasah Lion City Sailors 5-1. Skuad muda The Sailors berharap dapat mencalarkan rekod kemenangan 100% yang dimiliki pasukan itu dalam Divisyen 1 B-15. Malangnya, apa yang dihajati pasukan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, Harimau […]

Adidas Kembalikan Sentuhan Klasik Pada Jersi Ketiga Musim 2024/25

Jenama pakaian sukan terkemuka dunia, Adidas mencuri tumpuan apabila mengembalikan semula sentuhan klasik pada jersi musim 2024/25. Saingan musim baharu telah pun bermula terutamanya pada kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang memasuki minggu ke-2. Tumpuan peminat kini terarah kepada jersi yang digunakan oleh setiap pasukan kesayangan mereka yang tampil dengan wajah baharu. Adidas mengambil pendekatan […]

Fernando Forestieri Di Watford

Penyerang berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dikesan berada di Watford. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan pemain Harimau Selatan sejak tahun 2022 namun kurang beraksi musim ini akibat kecederaan. Beliau bagaimanapun mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air apabila dikesan berada di Watford yang juga merupakan bekas kelabnya. Tonggak kelahiran Itali ini beraksi […]

Giliran Safee Sali Tarik Perhatian FIFA

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali telah mendapat perhatian daripada laman Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu hantaran di media sosial rasmi FIFA World Cup baru-baru ini, gambar Safee telah dimuat naik dengan caption yang mengimbau kembali zaman kegemilangan Safee bersama Harimau Malaya. “Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada,” […]

Pemain Kacukan Itali Perkuat Malaysia

Pemain kacukan Itali kini berpeluang untui menunjukkan kemampuan sebenar apabila dipanggil ke kem Malaysia. Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido. Skuad muda negara akan memulakan kem latihan bermula Jumaat, 30 Ogos 2024 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-20 2025 […]

Syihan Hazmi Buktikan Keputusannya 3 Tahun Lalu Tepat

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Syihan Hazmi membuktikan bahawa keputusan yang dibuat pada tiga tahun lalu adalah satu keputusan yang tepat. Pada tahun 2021, Syihan yang pada ketika itu mewakili pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) hanya diturunkan tiga kali sahaja bagi musim 2021. Syihan terpaksa bersaing dengan penjaga […]