Pestabola Merdeka: Pengalaman Liga M Beri Kelebihan Kepada Filipina

Penyerang Filipina, Jarvey Gayoso percaya pengalaman beberapa pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) bakal memberi kelebihan kepada pasukan itu. Ramai pemain yang membarisi skuad The Azkals untuk kempen Pestabola Merdeka 2024 pernah atau kini beraksi dalam saingan Liga M. Antara yang pernah mewarnai Liga M ialah penjaga gol, Kevin Ray Mendoza dan bek tengah, Christian […]
Pestabola Merdeka: Filipina Hadapi Dua Dugaan Besar Bertemu Malaysia

Pengendali Filipina, Norman Fegidero mengakui pasukan kendaliannya kini berdepan dugaan berganda menjelang aksi Pestabola Merdeka bertemu Malaysia pada Rabu. Fegidero mengambil alih tugas selaku jurulatih sementara bagi menggantikan Tom Saintfiet yang meletakkan jawatan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Mali. Dengan penukaran barisan kejurulatihan ini, strategi yang bakal diterapkan oleh Filipina masih kekal misteri sekaligus […]
Salah Kecil Hati, Umum Tinggalkan Liverpool Lebih Awal

Bintang Liverpool, Mohamed Salah mengumumkan bahawa saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 adalah musim terakhirnya bersama Liverpool. Pemain berusia 32 tahun itu mahu menikmati musim terakhirnya dengan gembira tanpa memikirkan mengenai masa depan. “Seperti yang anda tahu ini tahun terakhir saya di kelab… Saya hanya mahu menikmatinya, saya tidak mahu memikirkannya. Beliau menyatakan bahawa tiada […]
Pestabola Merdeka: Pau Marti Tiada Masa Fikir Tekanan Lawan Filipina

Malaysia meletakkan sasaran besar untuk menundukkan Filipina pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024. Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti yang mahu melihat skuad negara mengaum di laman sendiri. Beliau memaklumkan bahawa anak buahnya kini bersedia sepenuhnya untuk melakar kemenangan di Bukit Jalil berdepan pasukan ke-147 dunia. Pau tidak mahu memikirkan […]
Pestabola Merdeka: Darren Lok Akui Saingan Sengit Rebut Posisi Penyerang

Penyerang berbisa Sabah, Darren Lok akui saingan merebut posisi penyerang skuad negara semakin sengit kali ini. Pemain berusia 33 tahun ini optimis tetap akan berikan yang terbaik sama ada dalam kesebelasan utama ataupun turun sebagai pemain gantian. Beliau yang baru sahaja pulih dari kecederaan tempoh hari percaya boleh buktikan sesuatu kepada pasukan negara. “Saya […]
Peluang Buat Akhyar Rashid Ulangi Ketajaman Dua Tahun Lalu

Pemain sayap skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid berpeluang untuk mengulang kembali ketajamannya bersama skuad kebangsaan seperti yang dilakukannya dua tahun lalu. Akhyar telah meledak dua jaringan ketika bertemu Filipina di Singapura dua tahun lalu sekali gus memberikan kemenangan 2-0 buat skuad kebangsaan yang pada ketika itu dilatih oleh pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon. Kini, […]
Singapura Kini Miliki Pemain Termahal Asia Tenggara

Skuad kebangsaan Singapura telah menerima pemain warisan baharu yang turut bakal menjadi pemain termahal di Asia Tenggara. Pemain yang dimaksudkan adalah pemain Cardiff City FC, Perry Ng yang beraksi di Liga Championship di England. Hasil semakan di laman Transfermarkt, nilai pasaran Perry Ng adalah berharga 3.8 juta euro bersamaan RM 18.4 juta jika ditukarkan kepada […]
Komen Safee Sali Tentang Wan Kuzain Perkuat Malaysia

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap Wan Kuzain Wan Kamal dapat menambah kekuatan pasukan itu. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan skuad Malaysia bakal diperkuatkan dengan dua orang pemain warisan. Dua pemain tersebut ialah Wan Kuzain dan bek kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl. Perkara ini dinyatakan […]
Harimau Malaya Terima Suntikan RM15 Juta

Harimau Malaya mendapat khabar gembira apabila bakal menerima suntikan mencecah RM15 Juta. Perkara ini disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Harimau Malaya bakal menerima suntikan dana untuk pengurusan, latihan dan kebajikan pasukan bola sepak negara . Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM10 juta diperuntukkan oleh kerajaan, manakala RM5 juta […]
Ten Hag Habiskan RM3.5 Bilion Beli Pemain Baru

Sejak bergelar pengurus Manchester United pada musim 2022/23, Erik ten Hag sudah berbelanja sebanyak £616 juta (RM3.5 bilion) untuk pembelian pemain baharu. Tekanan mula dirasai pengurus Belanda itu apabila melihat United tewas kepada Liverpool baru-baru ini. Dan ini tidak dibantu dengan hakikat perbelanjaan The Red Devils gagal diterjemah dengan prestasi di atas padang. Menurut laporan […]
Liek Hou Raih Emas Pertama Malaysia

Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou menceriakan kem Malaysia apabila meraih pingat emas pertama dalam temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis. Liek Hou meraih emas untuk acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal). Beliau mengatasi cabaran wakil Indonesia, Suryo Nugroho di pentas final yang diadakan di Arena Porte de La Chapelle. Turun selaku pilihan utama, […]
Penyerang Terengganu Dapat Panggilan El Salvador

Penyerang baru Terengganu FC, Nelson Bonilla telah dipanggil untuk memperkuat skuad kebangsaan El Salvador. Ini selepas Persekutuan Bola Sepak El Salvador (FESFUT) mengeluarkan senarai 23 pemain untuk aksi Kumpulan A Liga Negara-Negara CONCACAF (CNL) menentang Montserrat dan Bonaire. El Salvador perlu muncul juara kumpulan bukan saja untuk meraih kenaikan ke divisyen utama CNL. Malah, juara […]
Mats Deijl Bakal Jadi Pemain Termahal Malaysia

Pertahanan kacukan negara, Mats Deijl berpotensi untuk menjadi pemain termahal Malaysia. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa kapten Go Ahead Eagles itu telah berhubung dengan Ketua Jurulatih, Pau Marti. Pemain berusia 27 tahun itu memaklumkan bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya sekaligus membuka peluang […]
Thom Haye Diklaim Setuju Gabung NAC Breda

Transfer gelandang Timnas Indonesia, Thom Haye, terus menjadi perhatian. Terkini, ia dilaporkan setuju untuk memperkuat klub lamanya, NAC Breda. Kabar ini disampaikan oleh jurnalis Belanda, Joost Blaauwhof. Thom Haye diklaim setuju untuk bergabung NAC Breda, menurut informasi yang dirinya dapat dari orang dalam klub. “NAC sedang berdiskusi dengan Thom Haye. Gelandang bebas transfer ini kini […]
Pendekatan Filipina Lawan Malaysia Masih Misteri

Penyerang Malaysia, Darren Lok menganggap pendekatan atau strategi Filipina masih kekal misteri menjelang aksi pertama Pestabola Merdeka pada Rabu. Darren antara lapan pemain yang kembali dipanggil oleh pengendali negara, Pau Marti setelah disisihkan ketika Kelayakan Piala Dunia 2026 Jun lalu akibat kecederaan. Khidmat penyerang Sabah ini ditagih bagi memperkuat jentera serangan pasukan di samping keberadaan pemain seperti […]
Tonggak Cardiff City Kini Perkuat Kem Singapura

Skuad kebangsaan Singapura mendapat suntikan semangat dengan kehadiran pemain pertahanan tengah Cardiff City, Perry Ng. Perry dibawa masuk pengurusan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk panggilan skuad kali ini bagi membolehkan beliau membiasakan diri dengan suasana kem The Lions. Keputusan tersebut dibuat selepas Perry menyatakan komitmen mewakili Singapura di peringkat antarabangsa. Malah, bekas bek tengah […]