Skuad Muda Uzbekistan Tamatkan Perjuangan Hebat Malaysia

Malaysia mempamerkan keberanian luar biasa namun tunduk kepada skuad muda Uzbekistan. Perlawanan CFA Team China International Friendly Competition 2024 di Changsha, China ini menyaksikan skuad muda negara berdepan lawan bukan calang-calang. Aksi babak pertama berlangsung baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk memcaei gol pembukaan. Aksi 45 minit pertama berkesudahan dengan keputusan 0-0 buat […]

Pestabola Merdeka: Lubnan Gah Ke Final, Kejutkan Tajikistan

Lubnan mengesahkan kemaraan ke final Pestabola Merdeka 2024 apabila menyingkirkan juara bertahan, Tajikistan dalam aksi awal kejohanan. Pasukan yang diberi jolokan The Cedars melihat perlawanan ini sebagai peluang membalas dendam. Ini selepas mereka tewas kepada The Crowns di Piala Asia 2023. Sementara Tajikistan yang dibimbing Gela Shekiladze pula mahu mara ke final. Ini sekaligus meningkatkan […]

JDT ‘Takluk’ Malaysia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka adalah kuasa terbesar dalam saingan Liga Malaysia sejak tahun 2014 lagi. Mana tidaknya, pelbagai kejuaraan berjaya diraih selepas JDT dipimpin dengan jayanya oleh individu bersemangat waja iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dalam satu muatnaik terkini di laman Instagram, Official Johor, pihak kelab telah menyenaraikan kesemua trofi […]

Atlet Olimpik Dibakar Teman Lelaki, Kini Cedera Parah

Arena sukan olahraga dunia dikejutkan dengan berita atlet Olimpik dari Uganda, Rebecca Cheptegie dibakar teman lelakinya sendiri. Portal Al-Jazeera melaporkan pelari berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan lecur yang teruk pada sebahagian besar badannya. Ini selepas teman lelakinya dari Kenya, Dickson Ndiema Marangach bertindak mencurahkan petrol ke atas Cheptegei sebelum membakarnya. Mengikut keterangan polis, Marangach […]

Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Lubnan vs Tajikistan (Live Streaming)

Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 antara Lubnan dan Tajikistan mencuri tumpuan peminat. Ketua Jurulatih, Gela Shekiladze optimis untuk menguji beberapa tonggak baharu pada kejohanan kali ini. “Bagi persediaan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2027, kejohanan di Malaysia akan sangat berguna. Kami menerima maklumat tambahan mengenai pemain tertentu yang terlibat dalam pasukan kebangsaan berbanding tahun […]

Kelantan DN Terima Sentuhan Tonggak Myanmar, Aung Kaung Mann

Kelantan Darul Naim mengumumkan ketibaan penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann sebagai rekrut terbaharu bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia. Pengumuman dibuat menerusi satu hantaran di platform media sosial Kelantan Darul Naim yang menyaksikan Aung Kaung Mann dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Kijang Emas. Nama Kaung Mann bukanlah asing di Malaysia setelah penyerang muda ini […]

Hasrat Amirbek Juraboev Kembali Ke Malaysia Tidak Kesampaian

Hasrat pemain antarabangsa Tajikistan, Amirbek Juraboev untuk kembali ke Malaysia tidak kesampaian selepas namanya tidak tersenarai bersama skuad kebangsaan Tajikistan ke kejohanan Pestabola Merdeka 2024. Nama Amirbek pastinya sinonim dengan penyokong bola sepak Malaysia apabila pernah mewarnai Liga Super bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada musim 2023. Namun aksi Amirbek tidak akan dapat […]

Pep Guardiola Anggap 3 Aksi Awal Hanya ‘Pemanas Badan’

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola menganggap tiga perlawanan awal pembukaan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini hanya aksi pemanas badan.  Jurulatih berusia 53 tahun ini menyatakan bahwa musim baru EPL akan bermula selepas tamat minggu aksi persahabatan antarabangsa.  “Aksi Pra-musim sudah tamat, secara rasmi tamat. Musim yang sebenar akan bermula selepas tamat aksi persahabatan antarabangsa,” kata […]

“Walaupun Tewas, Taklah Lauk Macam Man United” – Amirudin Shari

Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berseloroh meskipun pasukannya tewas, nasib mereka tidaklah seteruk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United. Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu hantaran di Facebook bila mengulas aksi persahabatan antara Pilihan MB Selangor dan Pilihan MB Kedah di Pusat Latihan Selangor FC pada 3 September lalu. Perlawanan turut dihadiri […]

Habib Haroon Sertai Kelab Bahrain, Sitra

Tidak lama selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Habib Haroon sah menyertai kelab Bahrain, Sitra FC. Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari mengumumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan penamatan kontrak secara bersama. Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Habib memenuhi komitmen peribadi di negara asalnya itu. Ini sekaligus menamatkan tempoh beliau di Malaysia dari 2021 […]

Siaran Langsung CFA International Friendly: Malaysia vs Uzbekistan (Live Streaming)

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) bakal berentap dengan Uzbekistan untuk aksi pertama CFA International Friendly Competition 2024. Malaysia, Uzbekistan dan Vietnam bakal bersaing dengan tuan rumah, China di Changsha bermula 4 hingga 10 September ini. Ketiga-tiga pasukan menjadikan kejohanan ini sebagai pemanas badan sebelum pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 yang bermula pada Oktober […]

Malaysia vs Filipina, Kemenangan Milik Siapa?

Pertembungan Malaysia vs Filipina dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air. Skuad negara dibimbing kali pertama oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti dan berdepan cabaran pasukan ke-147 dunia. Rekod pertembungan memberikan kelebihan moral buat skuad kebangsaan selepas berjaya mengikat The Azkals sebanyak 4 kali sehingga tahun 2017. Kemenangan kembali dicapai […]

Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: JDT vs Port (Live Streaming)

Aksi persahabatan antarabangsa menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga kelab Thailand, Port FC. Skuad kendalian Hector Bidoglio sudah pasti mahu memanfaatkan aksi ini untuk mempersiapkan beberapa pemain baharu yang dibawa masuk pada jendela kali ini. Prestasi semasa Harimau Selatan amat cemerlang tanpa kalah dalam semua kejohanan di samping menjulang Piala FA 2024 […]

Cristiano Ronaldo: Saya Perlu Kalahkan Dia

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo berazam mahu menewaskan penggiat YouTube terkenal, MrBeast dari segi bilangan pengikut. Akhbar Marca melaporkan azam itu dizahirkan beliau selepas memiliki lebih 55 juta pengikut di platform berkenaan. Ketika ini, MrBeast memiliki pengikut teramai di YouTube iaitu sebanyak 313 juta pengikut. “Anak-anak saya bergurau dengan mengatakan saya menjadi penggiat YouTube tetapi matlamat […]

Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs Filipina (Live Streaming)

Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka menyaksikan pertembungan Malaysia dan Filipina. Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti memberikan fokus untuk mempersiapkan pasukan tanpa gangguan luar padang. “Saya tiada masa untuk memikirkan tentang tekanan kerana masa yang ada digunakan untuk mempersiapkan pasukan. “Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada masa lalu jadi fokus kita pada masa hadapan.” […]

Pengendali Tajikistan Mahu Jadikan Pestabola Merdeka Medan Eksperimen

Ketua jurulatih Tajikistan, Gela Shekiladze melihat kejohanan Pestabola Merdeka kali ini sebagai medan eksperimen buat Tajikistan. Pada edisi lalu, Tajikiskan muncul juara Pestabola Merdeka 2023 selepas berjaya menewaskan Malaysia di pentas final dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Rustam Soirov dan Shahrom Samiev. Tampil dengan kehadiran pemain-pemain muda dan skuad yang berbeza daripada edisi sebelum ini, […]