Pestabola Merdeka: Jurulatih Lubnan Anggap Malaysia Lawan Berbeza

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic menyifatkan skuad Malaysia kali ini berbeza berbanding lawan yang dihadapi pada 2017 dan 2018. Malaysia gagal mengecapi sebarang kemenangan bila berdepan The Cedars dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019. Skuad negara tewas dua kali dengan keputusan sama iaitu 2-1. Menariknya, orang yang bertanggungjawab merencana kemenangan pasukan itu ke atas Harimau […]

Pau Marti Idam Malaysia Rangkul Trofi Pestabola Merdeka 2024

Malaysia kini berazam untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024 hasil sentuhan Pau Marti Vicente. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas berjaya melepasi ujian pertama untuk ke final. Beliau optimis anak buahnya mampu melakar kejayaan menentang pasukan ke-117 dunia, Lubnan ketika beraksi di laman sendiri. “Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga […]

Hamidin Terima Darjah Tan Sri Daripada Sultan Ibrahim

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima anugerah pangkat Tan Sri hari ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Istana Negara berkenaan pemimpin tertinggi badan induk tersebut yang menerima pengiktirafan tinggi hasil jasa besarnya selama ini. Beliau mula menjadi Presiden FAM bermula tahun 2018 sehingga kini telah membantu pelbagai kejayaan skuad kebangsaan. […]

Chelsea Bakal Bertukar Tangan?

Penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea berpotensi melihat pasukan itu bertukar tangan. Senario ini timbul selepas Sky Sports melaporkan pemilik The Blues, Clearlake Capital dan Todd Boehly sedang menilai pilihan saham yang dimiliki mereka. Clearlake menyatakan secara jelas bahawa mereka tidak berminat menjual pegangan saham Chelsea sebanyak 62%. Pada masa sama, mereka juga bersedia […]

Jordan ‘Terbang’ Ke Malaysia

Pasukan kebangsaan Jordan bakal terbang ke Malaysia bagi aksi kedua pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Naib juara Piala Asia 2023 itu menerima tamparan hebat sebelum ini apabila diikat pasukan ke-136 dunia, Kuwait dengan keputusan 1-1. Aksi kedua menyaksikan pasukan kendalian Jamal Sellami bakal terbang ke Malaysia bagi menentang Palestin. Umum mengetahui bahawa skuad kebangsaan […]

Erick Thohir Kirim Pesan Untuk Elkan Baggott

Ketum PSSI, Erick Thohir, mengirim pesan kepada Elkan Baggott untuk membuka diri apabila masih ingin membela Timnas Indonesia. Bagi eks Presiden Inter Milan itu, Elkan Baggott adalah pemain yang berpotensi. Namun, ia menegaskan sang pemain untuk memiliki komitmen terhadap Indonesia. “Tentu Elkan mesti membuka diri. Dia pemain berpotensi. Namun, tim nasional Indonesia adalah soal tim […]

Kelantan DN Jelaskan Sebab Lepaskan David Ribera

Pengurusan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) tampil menjelaskan sebab mereka melepaskan pemain sayap Bolivia, David Ribera. Ribera dibawa masuk pada awal musim 2024/25 sebagai antara tonggak import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M). Walau bagaimanapun, pengurusan Kelantan DN kemudiannya memutuskan untuk melepaskan khidmat beliau, Valdumar Augusto Te dan Chadrack Muzungu. Keputusan ini dibuat sebelum […]

“Tambah Gol Latihan Pun Saya Tak Sampai 900 Gol”

Legenda Jerman, Toni Kroos menyifatkan rekod 900 gol yang dicipta Cristiano Ronaldo sebagai luar biasa. Ronaldo kembali menjadi bualan peminat bola sepak apabila menjaringkan gol ke-900 dalam kariernya. Detik indah itu hadir dalam aksi terbaru Liga Negara-Negara UEFA (UNL) antara Portugal dan Croatia baru-baru ini. A Selecao mendahului menerusi gol bek kanan Manchester United, Diogo […]

Tugas Besar Syihan Hazmi

Tugas besar menanti penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim kedua penuh gemilang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membantu pasukan untuk muncul juara Piala FA. Bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini terlepas panggilan terakhir kem negara susulan kecederaan kembali menjadi sandaran utama […]

Itali Aibkan Perancis Di Laman Sendiri

Itali cemerlang menewaskan Perancis 3-1 untuk meraih tiga mata pertama dalam perlawanan pertama saingan Liga Negara-Negara UEFA. Kylian Mbappe mengetuai jentera serangan Perancis bersama-sama Antoine Griezmann dan Michael Olise. Itali pula menurunkan barisan pemain hebat seperti Sandro Tonali, Davide Frattesi, Ricardo Calafiori dan Alessandro Bastoni. Pemain muda berusia 22 tahun, Bradley Barcola pantas membuka tirai […]

Brunei Bawa Bekalan Selesa, Atasi Macau

Perlawanan playoff pertama Kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan Brunei mencatat kemenangan bergaya di laman sendiri ke atas Macau. Brunei di ranking ke-190 dunia dipaksa beraksi di pusingan playoff setelah dibelasah Indonesia dengan agregat 0-12 sementara Macau pula tumbang 1-5 di tangan Myanmar. Kesebelasan utama Macau dianggotai oleh Nuno Pereira dan Ng Wa Keng di jentera […]

Negeri Sembilan Cemerlang Kalahkan PDRM

Negeri Sembilan terus memantapkan persiapan aksi Liga Super seterusnya dengan mengalahkan PDRM FC dalam aksi persahabatan di Stadium Mini Tampin. Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada persiapan kedua-dua pasukan sebelum aksi liga bersambung pada 13 September. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan tuan rumah menurunkan semua pemain import termasuk Mika Junco dan Takumi Sasaki. Manakala […]

Karakter Pemain Lubnan Dari Kaca Mata Matthew Davies

Pertahanan kental Harimau Malaya, Matthew Davies berkongsi karakter pemain Lubnan dari pandangan peribadinya. Tonggak berpengalaman itu membantu skuad negara meraih kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1. Beliau ketika ditemui di Stadium MBPJ pada sesi latihan memberitahu bahawa pemain kini dalam momentum baik dan amat positif untuk beraksi di final. “Pemain agak tenang […]

Safawi Rasid Akui Pemain Selesa Ikut Taktikal Pau Marti

Kapten Terengganu FC, Safawi Rasid mengakui barisan pemain Harimau Malaya selesa mengikuti arahan taktikal Pau Marti Vicente. Jurulatih Sepanyol itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas jurulatih sebelumnya, Kim Pan-gon meletak jawatan pada Julai lalu. Dan Pau Marti lulus ujian pertamanya selaku pengendali Harimau Malaya apabila skuad negara menewaskan Filipina 2-1 pada 4 September lalu. […]

4 Kelab Liga Super Beli Penyerang Baharu

4 kelab di Liga Super Malaysia mendapatkan sentuhan penyerang baharu bagi jendela perpindahan kedua. Skuad Harimau Selatan rancak menambah baik pasukan menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan telah mendapatkan 7 pemain. Antara pemain tumpuan ialah penyerang Colombia, Jorge Obregon yang dibawa masuk dari kelab Croatia, HNK Rijeka. Pesaing terdekat JDT, Selangor FC […]

Bonnie Bunyau Raih Pingat Emas Kedua Malaysia

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menceriakan kem Malaysia dengan meraih pingat emas kedua Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis. Bonnie meraih emas dalam acara kategori 72 kilogram (kg). Selain meraih emas dalam kategori berkenaan, beliau turut memecahkan rekod dunia powerlifting miliknya dalam kategori sama. Rekod 231 kg yang dilakarnya sebelum ini dalam World Para […]