Pemain Kacukan Itali Dalam Sesi Latihan Malaysia

Pemain kacukan Itali kini memperkuat skuad muda Malaysia buat kali pertama. Baru-baru ini, pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido telah mengumumkan senarai 23 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat menjelang aksi Kelayakan Piala Asia B-20 tahun 2025. 10 tonggak JDT lll dan juga 6 pemain Selangor telah berada dalam senarai tersebut untuk membawa […]

Shanghai Port ‘Pening Kepala’ Hadapi JDT

Jaguh China, Shanghai Port dalam keadaan resah ntuk bertemu dengan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Penang dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim. JDT juga masih mengekalkan rekod kebal apabila masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan dalam semua kejohanan setakat ini. Persediaan mementang skuad Harimau […]

Nidzam Jamil Puas Hati Dengan Debut Pertama Ali Olwan

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil memuji debut cemerlang Ali Olwan di pentas liga Malaysia. Ali Olwan membuka akaun jaringan bersama Selangor yang merupakan gol kedua pasukan sewaktu menentang Kuching City. Walaupun tiba dalam tempoh yang singkat, pemain kelahiran Jordan itu mampu mempamerkan prestasi yang mengagumkan bersama Selangor. “Dia pemain yang hebat, hanya dua hari lepas […]

Hafizh Syahrin Terlepas Podium Di Sepang

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah terlepas peluang menambah podium perlumbaan satu Asian Superbike 1000 (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024. Ini selepas pelumba berusia 30 tahun itu sekadar menamatkan perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di tempat kelima. Selepas meraih kedudukan podium dalam perlumbaan kedua di Mandalika, Indonesia pada Julai […]

Man United Perlu Bersatu, Kata Ten Hag

Pengurus Man United, Erik ten Hag menyifatkan pasukan itu perlu bersatu jika ingin kembali menjadi pasukan yang digeruni. Sejak ten Hag menggalas peranan sebagai pengurus pada musim 2022/23, beliau berdepan pelbagai tekanan untuk mengembalikan semula kegemilangan The Red Devils. Meskipun membantu United bergelar juara Carabao Cup (2022/23) dan The Emirates FA Cup (2023/24), ten Hag […]

Prestasi Pertahanan Kuching City Hampakan Aidil Sharin

Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui kecewa dengan prestasi pertahanan pasukan itu dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC. Kuching City tiba di Stadium MBPJ pada 13 September dengan misi meraih tiga mata penuh. Aksi menyakinkan bila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Piala FA 2024 dilihat memberi keyakinan kepada pasukan yang berpangkalan di […]

Persiapan Sabah Diuji Hebat

Pasukan Liga Super, Sabah FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan tonggak penting menjelang aksi berdepan Terengganu. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam misi untuk kembali mendapatkan momentum terbaik selepaa tewas beberapa perlawanan. The Rhinos tewas tiga perlawanan daripada 5 aksi terakhir dan mahu bangkit untuk mengutip mata berdepan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner. Sabah bagaimanapun […]

KL City Bertemu Kedah Tanpa Dua Tonggak Utama?

KL City berisiko kehilangan dua tonggak utama menjelang aksi Liga Super berdepan Kedah Darul Aman di Stadium Cheras pada Sabtu. Menurut pengendali KL City, Miroslav Kuljanac, skuadnya kini mengalami isu kecederaan melibatkan beberapa pemain yang menggusarkan beliau untuk melakukan persiapan. ”Kami mengalami beberapa kecederaan dan saya berharap pada Sabtu semuanya berada dalam keadaan baik, mereka […]

Siaran Langsung Liga Super: KL City vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)

Aksi Liga Super ke-10 menyaksikan pertembungan antara pasukan KL City menentang Kedah Darul Aman. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac optimis memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan penyerang muda, Haqimi Azim menyatakan kesediaan penuh berdepan Sang Kenari. “Syukur Alhamdulillah, persediaan untuk perlawanan Sabtu ini amat baik. Kami ada beberapa pemain yang baru pulang daripada panggilan kebangsaan […]

Nidzam Jamil: Selangor Tampil Berbeza Atasi Kuching City

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil meluahkan kelegaan setelah melihat anak-anak buahnya tampil penuh kelainan ketika menundukkan Kuching City dalam aksi Liga Super pada Jumaat. Pada aksi tersebut, empat jaringan masing-masing daripada Ronnie Fernandez, Ali Olwan, Umar Eshmurodov dan Alvin Fortes memastikan tiga mata milik Gergasi Merah di laman sendiri. Menurut Nidzam, kemenangan yang diraih di Kelana […]

Hong Kong Open: Pearly Tan-M. Thinaah Ke Final, Singkirkan Regu No. 1 Korea Selatan

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mara ke final kejohanan jelajah BWF buat kali kedua berturut-turut dengan mara ke final Hong Kong Open 2024. Kejayaan ini dilakar apabila mereka menyingkirkan pilihan utama dari Korea Selatan, Baek Ha-na dan Lee So-hee di peringkat separuh akhir. Dari segi ranking, kelebihan memihak kepada beregu Korea Selatan […]

Ulsan Kini Rampas Carta Pendahulu K-League

Ulsan HD kembali merampas carta pendahulu K-League 1 apabila mengalahkan pencabar terdekat, Gangwon FC 2-0 dalam aksi terbaru liga pada 13 September lalu. Ulsan yang dibimbing bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon perlu menang ke atas Gangwon. Ini kerana kemenangan itu membantu mereka menghampiri matlamat bergelar juara liga buat kali ketiga berturut-turut. Separuh masa pertama […]

Kenyataan Rasmi Selangor FC

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC telah membuat kenyataan berhubung dengan pertukaran jadual menentang Terengganu. Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perubahan jadual aksi yang telah ditunda. Ia melibatkan juga pertembungan antara dua gergasi Liga Super, Selangor dan juga Terengganu yang dianjak aksinya lebih lewat. “Perlawanan LS11 Terengganu FC […]

Kerja-Kerja Robohkan Stadium Shah Alam Giat Berjalan

Selepas 30 tahun berdiri teguh di Shah Alam, akhirnya bumbung Stadium Shah Alam runtuh menyembah bumi. Video runtuhnya bumbung stadium berkenaan tular di media sosial baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam yang giat berjalan. Dengan runtuhnya bumbung Stadium Shah Alam, proses perobohan stadium yang memiliki kapasiti 80,372 tempat duduk itu […]

Siaran Langsung Asia Road Racing Championship: Hafizh Syahrin (Live Streaming)

Tumpuan peminat sukan dua roda di Malaysia kini pastinya terarah kepada Asian Road Racing Championship (ARRC) di Sepang yang membabitkan pelumba-pelumba negara seperti Hafizh Syahrin. Saingan ARRC pusingan kelima bermula 13-15 September menyaksikan Litar Antarabangsa Sepang dipilih menjadi tuan rumah setelah merantau ke Thailand, China, Jepun dan Indonesia. Enam pelumba handalan negara akan membuat kemunculan […]

Kalamullah Al-Hafiz Menuju Ke Selangor?

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dilaporkan bakal berkelana ke Selangor FC. Ini selepas khabar angin perpindahan berkenaan dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di platform X pada 13 September lalu. “Perpindahan besar! Penjaga gol kebangsaan Kalamullah difahamkan sudah menamatkan kontrak bersama Kedah Darul Aman untuk […]